11:Wordless Wednesday(Alarm Clock)

Wednesday, July 30, 2014


Ko paham???

Haha..

Aku zaman sekolah dulu selalu buat macam ni.

Korang selalu buat macam ni tak?

Mengaku lerrrr~ :P

Video Talent : Baby Main Gitar


Post by BLiSS.

Awesome! Hahaha~Comel dia buat tangan ROCK dia tuuu~

Note Book Collection:1 & DIY Art

Saya ada banyak notebook.Saya memulakan minat ni dari Tingkatan1.Banyak yang saya beli dan kumpul,sebanyak tu juga yang hilang.Yang ini merupakan notebook terawal yang saya beli.


Kau tengok contengan kat luar tu? Haha~Kalau orang lain,notebook maybe sesuatu yang sangat penting untuk menulis nota-nota penting.Well~Welcome to Fiona World.Notebook adalah tempat khas untuk membuat contengan yang merepek,melukis,dan menulis benda yang merepek juga.


Memandangkan notebook ini kosong dan tidak meriah.Sekali lagi saya rasa bertanggungjawab untuk melakukan contengan pertama dibelakang cover pertama notebook ini.Kalau saya tengok balik pun saya gelak.Entah apa yang saya lukis sebenarnya.


Beraya di Atas Jalan,Feri,Tempat Orang & Cuaca Teruk

Tuesday, July 29, 2014

Nampak tajuk entri memang macam teruk sangat kan semalam? Dari pukul 9 a.m sampailah pukul 2 p.m kat atas jalan raya.Kemudian perjalanan di sambung kat atas feri.Aduhh~Dengan cuaca yang memang tak bagus.Jerebu teruk dan bacaan jerebu adalah paling tinggi di kawasan Sibu.Perjalanan dari Sibu ke Mukah yang mengambil masa 2jam dan bersamaan dengan 4jam ulang alik memang meletihkan.Punggung gua pun terasa sakit sudah.

Pagi bertolak dari kampung.Dah nampak dah jerebu dari kampung.Kemudian kira 45minit-1jam sampai di bandar Sibu bandar kesayangan gua~Hehe..Berhenti kat rumah di bandar dan bagi buah rambutan yang dibawa dari kampung kat kakak(rumah kat bandar tu kakak yang duduk).Kemudian perjalanan diteruskan ke tempat hostel kakak seorang lagi.Hantar buah rambutan lagi kemudian terus cari tempat makan.

Makan dahulu sebab takut tak sempat makan sewaktu perjalanan ke Mukah.Gua dan adik-beradik gua order nasi ayam salad.Mak order mee Tom Yam.Dan ayah order Steamed Chicken Rice.Lepas habis makan,pergi ke Terminal Express ambik kawan ayah yang sampai pukul 12 p.m.Lepas ambik kawan ayah,terus bertolak pergi Everwin Sungei Merah Supermarket.Tunggu dorang beli barang hampir sejam.Hah~Ambik kau~Orang lelaki pilih barang dapur sampai sejam.Dengan tempat duduk yang menyakitkan dan kita 4 orang duduk kat Hilux memang menyeksakan -_- Belum lagi bertolak ke Mukah dan sakit punggung gua.

Kemudian bertolaklah ke Mukah.Jalan yang pada permulaannya okay kemudian semakin teruk.Dalam kereta rasa macam kena baling.Ayah guna speed laju biar cepat sampai.Bahang kehangatan dari Sibu masih terasa.Nampaknya jerebu makin teruk.Excited sangat sebab tak pernah pergi Mukah guna jalan yang ini.Selalunya guna jalan lain.Jalan darat terus.Tapi kali ni terpaksa naik feri.Excited okay~

Sampai kat feri...Apa lagi.Kita orang adik-beradik terus keluar.Haha.Dahulu kawasan kampung pernah guna feri ni.Tapi sekarang tak ada dah sebab guna jalan darat je kalau nak pergi ke pekan Kanowit.Nampak sangat kesakaian kita orang adik-beradik.Haha.Macam pelancong gituu~

Jeng jeng jeng~Feri tengah bergerak ni~

Oh yeahh~Primrose XVIII bebehh~ :P

Yang ini bapak guaa~


Lepas naik feri kira 15-20 minit,akhirnya sampai juga kat kawasan Kampung Saai.Tengok kambing kat tepi-tepi jalan.Hehe.Seronok.Lepastu sampai juga kat tempat Janakuasa Eletrik di sini.Dengan menggunakan jambatan kayu.Wahh~Excited!Haha.Sebab kawasan kampung saya tak macam ni.Apa lagi,ambik gambar lagi lah jawabnya~

Yang tengah tu mak gua~Wuu~Belakang tu ada sungai.Tepi-tepi memang pokok kayu je.

Kat belakang jambatan kita orang bergambar tadi ada tangga.Ni hanya lakonan semata-mata.Gua tak turun bawah pun.Tanah nya tengah becak.Baru je habis hujan masa sampai kat sini.

Belakang tu lah tempat bapak gua selalu kerja kalau dia travelling pergi sini.

Lepas habis tengok kawasan ni,kita orang pergilah kat rumah pak cik Ibrahim.Dia yang handle generator kawasan kampung ni tau.Nak ambik gambar,tapi tak ingat nak ambik gambar sebab asyik makan je.Haha..

Setakat ni sajalah pengalaman hari pertama gua.Ehh~Pasal apa tak pakai baju kurung? Sebab tak sangka pun nak pergi rumah pak cik Ibrahim T.T Kalau tak~Dah pakai dah baju kurung tuu.

10:Wordless Tuesday(Muka Kesian Kanak-Kanak)


Ko paham?

Haha~

Mesti ada kan budak-budak buat muka kesian macam ni.Haha..

Ada tak yang minta duit raya lebih sikit tunjuk muka camni kat korang?

:P

9:Wordless Sunday(Jangan Takutkan Aiskrim)

Sunday, July 27, 2014


Ko paham?

Hahaha~

Mesti kalau nak beli ice-cream ni tangan kita ketuk-ketuk kaca tu kan?

Maybe buat warning macam ni dapat elakkan kita ketuk cermin tu.

Takut nanti menakutkan ice-crea itu katanyaa~

Hahaha :P

Bila Nak Kahwin?

Amboi~Umur aku baru 20 dah tanya bila nak kahwin? Haha~menggeletar lutut aku bila ditanya soalan macam ni.Seram sejuk dibuatnya.Meremang segala bulu di badan termasuklah bulu telinga~Tik tok tik tok.Tak terasa dah nak 20 dah umur tahun ni.Masih 19 ni tau.Belum sah lagi 20.Masih young,wild and free katanyaaa jahh~

Dah makin dewasa ni dah rama dah rakan-rakan yang sebaya dah kahwin.Ada yang dah ada anak satu.Ada yang dah ada anak dua.Eh~Umur muda dah ada anak dua? Ye.Sebab ada yang kahwin selepas SPM.Tak pe.Betterlah kahwin daripada muda-muda ni banyak buat maksiat.Setakat ni ramai kawan-kawan yang dah bahagia saya tengok.Tak ada lagi yang gaduh besar macam orang gaduh kat WWE tu.Tak de lagi.

Seronok tengok dorang awal-awal lagi dah ada anak.Besar tanggungjawab dorang tu.Muda-muda lagi dah ada tanggungan yang besar.Kita ni seronok je tengok,dorang yang menanggung tu je tau macam mana rasanya.Tak salah kahwin muda ni.

Tapi kalau macam saya,saya lebih memilih untuk belajar dulu.Nak bekerja lagi.Nak rasa macam mana alam dewasa tanpa ada tanggungjawab dulu.Hehe.Bukan tak nak kahwin awal.Tapi tak naklah cakap besar.Mana tau kot-kot esok lusa aku kahwin macam mana? Terbeliak mata aku.Baru padan muka sendiri.

Kalau dah jodohnya tu dan memang takdir kahwin awal,saya tak tolak.Memang semua orang tak sedia nak terima tanggungjawab besar.Masa kita alami sendiri barulah kita belajar macam mana nak bertanggungjawab pada diri sendiri dan keluarga.

Gambar dengan kawan aku masa dia kahwin.Bulan 5 hari tu.Aku yang kat tepi rasa macam gagak ambil gambar dengan enggang.Haha.Cantik orangnya.Cantik sangat.Dah macam tengok artis pulak tengok dia.Semoga berbahagia Christine Markin Rober dan anak buah saya,Andrian Jackson Seribu.Dahulu Christine ni kawan sekarang dh jadi menantu pulak~ :P

When I Ask God

Saturday, July 26, 2014

I asked for strength and God gave me difficulties to make me strong. I asked for wisdom and God gave me problems to solve. I asked for prosperity and God gave me brawn and brains to work. I asked for courage and God gave me dangers to overcome. I asked for patience and God placed me in situations where I was forced to wait. I asked for love and God gave me troubled people to help. I asked for favors and God gave me opportunities. I asked for everything so I could enjoy life. Instead, He gave me life so I could enjoy everything. I received nothing I wanted, but I received everything I needed .


3 Siblings Celebrate Serentak

Semalam aku senyapkan? Bukan apa.Ini semua gara-gara nak celebrate 2 orang kakak and abang seorang.
Kiri tu Margareth(kakak sulung),tengah tu Gereta(Num.2) and kanan tu Terrence(num3).

Kenapa celebrate serentak?Sebab dorang semua lahir bulan Julai.Kakak sulung and abang lahir 27hb and kakak num2 lahir 14hb.Baguslah celebrate serentak,jimat duit.Tapi masalahnya,kakak num2 nak juga setiap sorang ada satu kek.Kek semua tu dialah yang beli.Macam habis dimakan.Tapi tak.Membazir je.Nasiblah banyak kawan and family yang lain.Mampu juga habiskan kek tu.

Kakak yang paling sulung punya gelabah tengok lilin kek dia tak padam-padam.Kita orang suruh dia tiup pun dia tiup juga.Haha.Bila dah ditiup,api tu naik balik.Haha.Seronok kenakan dia.Comel je.


Yang ni adik lelaki,selepas saya.Kiranya dia ni num 5 lah :P

Yang ni adik bongsu.Yang keenam :)


Yang ini~oh~Kesayangann~My one and only niece.Anak buah yang pertama ni :*


Nak jugalah ambik gambar dengan kek :P

So,kesimpulannya,saya anak keempat.Tengah-tengah.Ada kakak,abang,adik lelaki and adik perempuan.
Jangan ditanya kenapa saya senyap semalam :P

Makan makan makan~Patutlah badan bambammm~ :P

Ingatkan Blog Senyap

Friday, July 25, 2014

Kemana aku pergi hari ni?Senyap je~Haha~

Biasalah tu kalau dah hujung minggu.Keluarlah jejalan dengan family.

Aku rasa malas pulak nak cerita malam ni.Entah kenapa terasa jari jemariku malas untuk menari di papa kekunci ni.Amboi bahasa~

Ko ader??? Haha..

Selamat malam.Esok kita merepek lagi.

Sahabat Yang Baik

Zaman persekolahan meninggalkan banyak kesan kepada aku sendiri.Mungkin juga kepada anda.Salah satu sebab zaman persekolahan menyeronokkan sesangat.Bukan sebab kita seronok jumpa cikgu,jumpa pengawas sekolah,usya pakwe makwe sekolah dan juga sebab paling besar adalah bukan disebabkan HOMEWORK~

Bangkit jatuh kita,sahabat adalah insan yang paling setia.Dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 adalah pengalaman yang menyeronokkan.Tetapi untuk pelajar yang dapat naik ke Tingkatan 6 macam saya,suasana persahabatan itu sedikit berubah,bukan setakat menyeronokkan tetapi dengan keadaan persekitaran yang lebih memahami.Cikgu dia pun tambah sporting sebab bagi mereka kita ni bukan budak kecik lagi.So,macam mana nak kenal sahabat kita itu baik atau tidak?

100% dari sahabat yang pernah saya kenal,95% memang baik-baik semuanya termasuklah yang baca entri ni.Haha(senyum sikit).Betul betul.Saya tak tipu.Saya bersyukur sangat-sangat sebab Tuhan bagi saya sehabat yang macam ini.

Sahabat saya yang paling baik saya anugerahkan kepada Parents dan Siblings saya sendiri.
Mempunyai ibu dan ayah yang tidak kekok melayan anak-anak,sentiasa bergurau senda dan menganggap anak sendiri sebagai sahabat saya kira menyebabkan mereka memenangi anugerah ini.Haha~Ingat dahulu semasa Tingkatan 3,bila ayah dan mak tahu saya ada couple(im am soooooooo busted!haha),memang dorang tak marah.Tapi nasihat dorang memang mendalam dan pedas.Saat ini saya sedar  macam mana parents saya betul-betul nak lihat saya berjaya.Dengan sedikit kesedaran ini saya cuma dapat 5A3B.Tapi bila Tingkatan 5,tak tau apa silapnya.Mungkin semakin lalai dengan dunia remaja,then cuma dapat result 1A4B,2C,3D(kau ada result teruk macam ni??? Tak de kan?Haha).Kemudian semasa di Tingkatan 6,saat saya betul-betul semakin matang dan sedar saya harus bangkit semula.Terima kasih kepada mak dan ayah dan juga adik-beradik yang sentiasa bagi dorongan.Akhirnya dapat keputusan 3A1B sangat mencukupi :')

Sahabat saya yang ketiga terbaik saya anugerahkan kepada sahabat saya dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di #SMKRosliDhoby.Yeppiiiiiiiiii~Hahaha~Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka semua.Tanpa mereka,tiadalah Fiona yang nakal dan gila bertambah kuat merepek :') Dengan kenakalan yang kami miliki,kami sering dikecam oleh senior-senior yang melihat kami sebagai kumpulan yang berlagak dan juga nakal ditambah dengan kaki bising.Gila kau tiada pengawas yang tahan jaga kelas kami lama-lama disebabkan 90% dari kami ini pot pet pot pet dan 10% sahaja yang belajar.Puff~Bila diingat balik memang nakal gila!Haha..Mereka juga sahabat susah dan senang.

Wawa je yang Muslim kot~Wawa,raya nak datang rumahlah~ :P

Dah pesal rambut aku macam tu? Baru aku ingat aku baru luruskan rambut~Haha.Macam kena simbah air~

Aww~Kesayangan hamba T.T Rinduuu~

Yang cantik,pretty dan beautiful ni kawan aku dari kecik sampai sekarang.17tahun bersahabat.Dari umur 3 tahun sampai sekarang :') I LOVE YOU :*


Sahabat keempat saya nugerahkan kepada sahabat-sahabat yang saya jumpa di alam maya.Tak semua orang dekat internet ni penipu.Kita sendirilah kena hati-hati.Setakat ini belum jumpa lagi sahabat yang menipu dari alam maya.

Tak kira siapa pun yang menjadi sahabat saya,sahabat baik atau sekadar sahabat biasa.Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih.Jatuh bangun saya kerana anda semua*nangis-nangis sambil pegang tisu dan lap hingus*.

P/s : Kalau zaman sekolah,asal Friendship day mensti awal-awal pagi dah peluk kawan-kawan dan cium kat pipi dorang*pompuan je lerrr~hehe* arghhh~nak sekolahhhh balik boleh tak cikgu?

Giveaway Raya by Azyan Ramle



*Entri melekat dengan gam gajah sehingga malam RAYA*


Hadiah MISTERI menanti TOP REFERRAL!
Minuman Ephyra untuk yang bertuah!
Novel pd yang bernasib baik!
Topup pd yang lucky!
Dan lain-lain hadiah untuk dimenangi.. 

[Klik Banner untuk JOIN]


GA ini bertepek di ...... dan disponsor oleh Azurah | Afiqah | Emi | Siti Nur Syahirah | AHR On9 Shope

Jom jom jom jom~Kita join jom~Bukan jom heboh-heboh :P


Kejadian Ngeri Di Tawau

Thursday, July 24, 2014

Ada x member2 kita kt Tawau yg boleh confirmkan?
Kejadian mengerikan di kawasan Bandar Tawau... Kejadian ini baru saja terjadi dibulan puasa, jadi saya peringatkan berhati- hatilah buat kalian yang kerja di lokasi Bandar Tawau dan sekitarnya Setidaknya cerita ini akan menjadi pengajaran bagi Anda semua agar tidak terjadi pada Anda..! Seorang pekerja wanita yang bekerja di sebuah pasaraya di Bandar Tawau (maaf tidak disebutkan) setelah penat bekerja hingga larut malam Menahan sebuah teksi yang lalu didepannya... Waktu itu pukul 09.00 malam dan pekerja wanita tersebut trus duduk dikerusi belakang teksi sambil menyebutkan daerah Tumpang sebagai tujuannya kepada pemandu taksi. kerana kepenatan, wanita tersebut langsung tertidur, tapi tidak berapa lama kemudian dia merasakan taksi tersebut berjalan makin lama makin lambat. Karana dia merasa ada yang nda kena, dia terbangun. Dan apa yang terjadi sungguh mengerikan.. !! Semasa dia melihat ke depan, pemandu teksi ternyata sudah tidak ada.! Yang ada hanya bangku kosong dan suasana yang sepi dan gelap, namun taksi tersebut tetap berjalan meskipun tanpa pemandu dan berjalan lambat, dan secara reflek menjeritlah wanita itu dengan sekuat tenaga. Tiba² dari balik jendela teksi muncul kepala pemandu teksi sambil berkata: "CIK, TOLONG JANGAN MENJERIT² NANTI DISANGKA KENA ROGOL PULAK TEKSI NI ROSAK.... TOLONGLAH TOLAK..."

Amboiiii~muka dorangg~ .....seriusnya baca...

Haahahaha~ :P

P/s : Kredit kepada sesiapa yang mencipta.Aku pun terkena.So aku nak kenakan orang lain balik~

Blog Tema Raya|Fiona Maurice Faith


Sebab dah terkena mood raya kawan-kawan..saya apa lagi..Buat tema raya jugalah dekat blog :P

Siap pasanglagu raya kat sini tauuu :P

Selamat mendengar lagu raya dan berblogwalking disini.

Semoga dengan ini anda dapat juga mood raya sambil jalan-jalan kat sini.


Header Baru Sempena Hari Raya

Wednesday, July 23, 2014


Raya tak lama lagi~

So nak tukarlah Header sempena raya.

Yang ini cuma gambaran permulaan.

Siap gambar pakai baju kurung gituuu~

Lagi nak tambah and edit beberapa benda.

Sebenarnya dah edit dah pun.

Dah siap.Mungkin nak edit lagi.Mana tau tetiba ada ilham malam ni :P

Tinggal nak upload besok je.

Muahahahaha~

Seronoklah dorang nak raya~

^^,

Video : Budak Nyanyi Muncungkan Mulut

Post by PenMerah [dot] com.

Sejujurnya~Ku tak bisaaa~Amboi muncung diaa :P

Video : Bila Ayah & Anak Bersama-sama


Post by Yo Mama.

Bila ayah dan anak bersama-sama ^^,

Segmen Topup Raya by Dunia Zumal

Bibir mula ingin bicara,
Hati gembira hari ceria,
Ni nak join GA raya,
Topup raya Zumal yang punya,
Tak tahu lagi nak kata apa,
Saja nak ucap Selamat Hari Raya,
Semoga diberi keberkatan olehnya,
Murah rezeki sentiasa,
Panjang umur dan sentiasa bergaya,
Raya oh raya~

BhahahahahahahaZumal suruh buat pusi.Buatla panjang2.Sebab mmg suka cakap banyak :P

Okay~Jom join sama.Syarat-syaratnyaaaa:

1)Blogger Malaysia [/]

2) Semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, jantina dan agama[/]

3) Buatkan entri khas bertajuk
'Segmen Topup Raya by Dunia Zumal'
Berserta banner dan puisi bertema Raya[/]

4) Backlink entri korang ke entri ini [/]

5) Klik SINI dan SINI
sampai habis loading yer[/]

6) Komen berserta link penyertaan di entri ini[/]

7) Tarikh tutup Raya Kedua
Tarikh umum pemenang Raya Kelima 
(dipilih berdasar random.org)


Hadiah
1) Topup RM 10 x 1 pemenang
2) Topup RM 5 x 4 pemenang

Apa lagi~Jom join. Klik Banner di atas ye ;)


Harus Tukar IC& Belajar Bahasa Mandarin?

Berapa bulan lepas,aku pegilah Maybank sebab nak buka akaun.Untuk pengetahuan kalian,ini adalah first time buka akaun selain daripada akaun BSN aku masa aku kecik dahulu.Mula-cula lelaki berbangsa Cina yang layan aku.Kemudian untuk proses terakhir,perempuan Cina pula layan aku.Aku berdirilah kat depan meja perempuan tu sebab aku malas nak duduk.Kemudian tengah dia syok-syok nak siapkan dokumen tu,dia pandanglah aku.Kemudian dia tanyalah ada pape dia boleh tolong,aku cakaplah aku tunggu dia nak siapkan dokumen aku tu.Kemudian dia tengoklah IC aku.Dia muka aku,dia tengok IC balik.Kemudian dia suruhlah aku duduk.Aku pun duduklah.Lepas dia habis sain this and that,itu dan ini,dia tengok balik IC aku.Lepastu dia tengok muka aku dekat lagi.Kemudian dia cakaplah:

"Miss,you can change your IC now.Your face changed a lot.Saya hampir tidak kenal."

Aku pun gelak kecik dan angguk-angguk.Lepas tu aku story lah dekat kakak aku,dia pun apa lagi.Gelak guling-guling.Lawak sangat ke muka aku dalam IC? Aku tengoklah balik and aku pun gelak..No wonderlah suruh tukar IC.Muka aku okay apa.Macho sikit dalam IC tu.No wonder-woman dan wonderpet betul.Memang macho aku kat dalam IC tu.Tu gambar aku masa Form3 kot.Hahaha~

Berapa hari lepas tu ayah bawalah aku pegi BSN.Sebab nak ambik duit akaun bersama aku dengan dia masa aku kecik-kecik dulu.Mas aku tengah comel lote~haha~apa kutuk-kutuk?Sekali sekala lah perasannn :P

Yang tu aku.Yang tepi tu abang aku.Aku dah cakap aku comel habis-habisan tak percaya.Taulah menyampah tengok.Tak payahlah kutuk :P

Okay.Sambung cerita tadi.Masa aku dengan ayah nak ambik duit tu,perempuan Iban dekat kaunter tu mintalah IC aku dan ayah aku.AKu bagilah.Lepas dia tengok gambar IC aku,dia senyum-senyum.Aku tau lah gambar aku dalam IC tu macho~Haha.Aku serius tak ambik hati pun.Dah aku sendiri rasa lawak,belum lagi orang lain kan? :P Tup tup tup..Urusan pun selesai.

Yang ini cerita masa aku interview(iv) untuk SPA untuk Nurse.Masa tu adalah seorang pak cik yang bekerja kat situ ditugaskan untuk cek fail kia orang.Sampai kat turn aku,dia tengoklah IC aku.Dia tengok muka aku balik,lepas tu dia cakaplah :

"Kitak tok kah? Macam sik cayak ajak.Jauh mena juak muka kitak berubah dik." Ko paham? *Angguk-angguk geleng-geleng??* Hahaha..Takpe..Aku translatekan~
"Ni awak ke? Tak percayalah.Jauh sangat awak dah berubah sekarang dik."

Aku gelaklah dengan kawan-kawanku.

Yang ini pula kisah lain.
Aku kadang-kadang malas kalau orang cakap Cina dengan aku.
Yang pertama memang disebabkan aku tak faham.Yang kedua sebab aku faham sikit-sikit.Yang ketiga sebab aku tak pandai nak jawab.Hahaha~Aku pernahlah belajar cakap Cina masa aku Form4.Daripada 25 orang pelajar,23 orang Cina dan 2 orang Iban.Dalam seminggu tu,wajib dorang ajar aku nyanyi lagu Cina.Seronok-seronok.Hahaha~Lepastu belajar cakap Cina sikit-sikit.Alang-alangkan dah satu kelas dengan dorang.Sambil menyelam minum air lah.Cuma satu aku menyesal,aku tak belajar macam mana cara dorang belajar.Haha..Yang ni memang aku menyesal habis.

3 hari lepas,aku nak bank in duit dalam akaun aku.Kemudian masa aku nak balik,ada sorang mak cik Cina ni panggil aku.Dia memang cakap Cina habis.Aku fahamlah juga dia cakap apa.Aku pergila kat dia.Lepastu tanpa aku cakap sepatah haram pun,dia cakaplah panjang lebar.Cakap Cina lagi tu~ Aiyooo~Wo Bu Ming Bai liaooo~Tak pahammm~Haha..Nasib baiklah aku boleh faham bahasa tangan dia.Rupa-rupanya kad tak boleh keluar.Aku cakaplah Malay dengan dia.Baru dia tau aku bukan Chinese :P Dia pun ucap terima kasih.Siap dia bukakan pintu untuk aku lagi.Xie xie auntie ^^,

Kadang-kadang kalau pergi beli barang,masa nak tengok-tengok barang selalulah dorang amoi-amoi tu cakap Chinese tanya nak beli apa.Sebab malas naj jawab,aku geleng-geleng kepala dan senyum.Kemudian cakap "Nak tengok saja~."

Kalau bayar dekat kaunter pun aku malas juga.Kadang-kadang dia sebut jumlah duit tu dalam Chinese.Aiyoo~Saya mana paham.Kalau paham pun aku terpaksa sebut satu dua tiga dalam Chinese kat kepala hotak aku je.Hahaha~

Sebab ni lah aku story kat korang.Aku rasa aku harus tukar IC cepat-cepat and belajar cakap Cina banyak lagi.Seronok juga kalau kita tahu bahasa orang lain :P.

Dan aku petang ni tukar IC.Sebab aku dngar abg aku nak tukar IC dia.Aku pun tukarlah.Moga cantikkk(Lah sangat) gambar aku kat IC kali ni.Tak mau dh dngar org kata muka lain sngat.Haha..Kalau lain smpai macam muka Taylor Swift takpe laaaa~

GiveAway 'Saya nak menang baju'

Klik banner untuk join

Kali ni nak join GA satu lagi..Nak memeriahkan GA ni sesama :)

Menang dapat baju tauu~

Sebab tu nama GA nye saya nak menang baju ye dok?

Tak kan owner nak kasi buku pulak~

Girls boleh cuba.

Jom kita meriahkan sesama ^^,

MENANG GA Duit Raya Gempak 2014 by Ainaa Roseberry


Lalalala~Berita gumbira di pagi-pagi buta.Tengok kat news blog Kak Ena dah umumkan nama pemenang GA anjuran pertama dia sempena raya kali ni.

Scroll punya scroll punya scroll,last-last ternampak nama sendiri.~Yipeeeee~
Menang RM10 + KAD RAYA AINAA ROSEBERRY uolsss~

Walaupun tak sambut raya,dengan dapat hadiah GA ni rasa macam aku pulak yang sambut raya.

Sape-sape yang ada join and nak cek,boleh cek DISINI

Wuuu~Bertambah suka dan sayang dengan Kak Enaaa~ :P

Dengan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya yang bakal menjelma untuk akak.Semoga dipanjangkan umurnya dan sentiasa murah rezeki.Semoga tercapai apa yang akak impikan selama ini.Semoga berjaya di dunia dan akhirat ye kak.Selamat hari raya.Maaf zahir dan batin.

Video Lawak : Anak Tiru Ayah Buat Beatbox

Tuesday, July 22, 2014


Post by 7 Second Videos.

Alololo~Pufffftttt~Comel dia~Haha :P

Menang Giveaway Ketuk-ketuk Aidilfitri



Yeayyyyyy~

Rezeki bulan Julai^^,

Walaupun tak sambut raya tapi dapat juga menang GA Ketuk-ketuk Aidilfitri ni.

Ni GA pertama yang saya menang kot :P

Terima kasih Dnialicious Cake House^^

Menang sekotak biskut raya dari stokis ketuk-ketuk aidilfitri yang bernilai sehingga RM30 tauu~

Yang belum cek and ada join,boleh semak DISINI

Yeayyy~^^,

Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk


Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]

HADIAH-HADIAH AWESOME :-
TOPUP RM 5 - 6 PEMENANG
TOPUP RM 10 - 2 PEMENANG
PASHMINA - 3 PEMENANG
**Hadiah akan ditambah sekiranya penyertaan melebihi 100 peserta**

Tarikh Tamat :- 01.08.2014

Video lawak : Am I Cute Too? Haha!


Post by Simon Desue.

Bhahahaha~

Video Menyayat hati : Giving is the best communication


8:Wordless Tuesday(Highlight Nota)


Ko paham?

Hahahaa~

Kalau nak highlight nota tu,entahlah.Aku bolehlah highlight sikit-sikit kadang-kadang.

AKu pernah tengok buku nota Sejarah kawan aku.

Satu muka surat tu dia tandakan habis.

Kita orang apa lagi.Gelaklah.

Ye lah~

Nama pun nota bak katanya~

Takde benda dan perkataan yang tak penting pun~

Hahaha~

Gelak-gelak macam ni,tak lama lagi keputusan UPU nak keluar.

*Nervous tiba-tiba*

Selamat Hari Merdeka Rakyat Sarawak


Yeay yeay~

I'm Fiona Anak Maurice.

And I want to wish all Sarawakian Happy Independence Day!

I'm sooo proud to be Sarawakian.

I do love this state no matter how!

I love the peoples,foods and cultural.

Sarawak,Ibu Pertiwiku.

May God bless Sarawak.

#SayNoToRacism #ProudSarawakian #51TahunMerdeka



7:Wordless Monday(Like a Seal)

Monday, July 21, 2014


Ko paham?

Muahahahahahaaha~

Sebab nak gelak sangat sampai takde suara kemudian tepuk-tepuk tangan macam anjing laut.

Sangat tidak comel~Haha :P

Tuhan Selalu Tahu


Ketika kamu Lelah dan tawar hati karena Usahamu tidak berhasil...TUHAN Tau kamu sudah mencobanya semaksimal mungkin...

Ketika kamu menangis dan hatimu sangat berduka...Tuhan menghitung air matamu.
Ketika kamu merasa bahwa hidupmu seakan berhenti dan sang waktu melewatimu begitu saja..Tuhan sedang Menunggu bersama sama denganmu.

Ketika kamu merasa kesepian dan semua teman temanmu sibuk...bahkan hanya untuk menerima telpmu...Tuhan ada bersamamu.
Ketika kamu berpikir bahwa kamu sudah mencoba segalanya dan tidak tahu kemana lagi harus Melangkah...Tuhan mempunyai pemecahnya.

Ketika tidak satupun yang masuk akal dan kamu dalam kebingungan dan frustasi...Tuhan mempunyai Jawabannya.

Jika tiba tiba Pandanganmu lebih cerah dan kamu menemukan secerah harapan..Tuhanlah yang sudah membisikanmu.
Ketika segala sesuatunya berjalan dengan baik dan kamu bersyukur atas banyak hal...Tuhan sudah Memberkatimu.

Ketika sesuatu yang menggembirakan terjadi dan kamu dipenuhi dengan perasaan yang hebat...Tuhan sudah tersenyum padamu.
Ketika kamu memiliki sebuah tujuan untuk dipenuhi dan sebuah mimpi untuk diikuti...Tuhan sudah membuka matamu dan memanggil namamu..Ingat bahwa dimanapun kamu berada atau apa pun yang sedang kamu hadapi...

TUHAN SELALU TAHU.

P/s : Credit kepada sesiapa sahaja yang menciptakan karya di atas^^,

Such an inspirational.

#OOTD:I Am F.M.F

Sunday, July 20, 2014


Muahahaha~Oufit Of The Day*Jeng jeng jeng jeng*

Baju I Am F.M.F
Seluar Jegging Hitam..Nahh~Bukan Legging..Tapi Jegging^^,


Joanna pun mahu ambik gambar sama maa ;-)

Elak Godaan Dalam Kelas

Saturday, July 19, 2014

Petang ni masa aku tengah tulis entri ni,serius aku tengah mamai giler.Ye.Mamai giler macam orang gila kat wad orang gila.Cakap pasal orang gila ni kan,aku teringatlah kisah yang pernah aku baca dulu.Tergelak-gelak aku baca.Siap berguling-guling lagi dekat lantai macam pelakon cerita hindustan berguling-guling dari gunung hingga gedebuk ke dalam sungai.Macam tu lah teruknya aku gelak masa tu.Nak tau cerita dia macam apa? Bacalah sikit.Kot-kot korang boleh gelak sama:

Ada dua orang gila sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi..


Orang gila 1 : (sambil berdiri diatas meja) kamu tahu tak?
Orang gila 2 : Tahu apa?

Orang gila 1 : Aku ni matahari (sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi) lihatlah terang dunia ini disebabkan aku !!
Orang gila 2 : (dalam hati) jangan-jangan gila dia ni bertambah, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa

sambil berlari orang gila 2 pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku

Orang gila 2 : Doktor, kawan saya mungkin bertambah gilanya.
Doktor : Kenapa?
Orang gila 2 : Benar doktor, dia naik di atas meja dia adalah matahari, dunia ini terang kerana dia
Doktor : Kalau begitu suruhlah kawan kamu turun
Orang gial 2 : Jangan doktor, nanti dia turun gelaplah dunia ni nanti
Doktor : ???????

Mau tak sakit perut aku gelak.Sekarang pun aku gelak kalau baca ni.Cuma takde lah sampai tahap berguling dari atas gunung Everest.

Oh ye..sedar tak sedar dah jauh tersasar kita dari tajuk entri.Baiklah.Kali ni aku nak share sikit tips elak godaan dalam kelas.Duduk dalam kelas ni memang banyak godaan.Kalau disenaraikan,memang tak berdaya lah nak taip.Takut-takut tak sempat ikut Krismas tahun depan aku nanti.Okay.Kembali ke topik asal.Ni untuk budak sekolah ye.Baca elok-elok.Budak tak sekolah pun kalau nak baca pun boleh~


Bercakap

Ini adalah godaan yang paling susah untuk dielak terutamanya kalau korang banyak cakap macam aku.Aku kalau pagi-pagi masuk kelas aku terus melalak.Aku terus sharing story mory.Aku budak lelaki perempuan semua aku geng.Jarang korang tengok aku datang kelas senyap.Kalau aku datang kelas,aku terus cakap :"sapa order nasi lemak?mee goreng?karipap?".Haha..Sebenarnya aku tak jual kueh pun.Tetapi sebab kia orang selalu singgah tepi jalan otw ke sekolah,kita orang selalulah beli kueh dan makanan dengan mak cik ni.Sedap habis woo~Kawan-kawan apa lagi,order sama-sama lah.Setiap hari tu aku mesti ambik 10 order ke atas.Murah rezeki mak cik tu.Kalau aku jahat,aku charge harga makanan tu dekat geng.Mak cik juak satu hinggit,aku jual 3 hinggit~Biar padan muka dorang.Hahaha.Tak de lah.Tak baik tau.Cara nak elakkan bercakap dalam kelas,senang je.Bawalah sellotape.Cari kawan yang selalu ajak korang bercakap.Sellotape lah mulut dorang.Jangan sellotape orang lain je.Kau sendiri pun kena juga.Kalau boleh suruh Cikgu yang sellotapekan.Baru adil.Haha~

Kalau boleh sellotape macam muka mamat kat ata.Bhahahaha~

Makan

Yang ini pun~Hmmm~Sangat-sangat tidak boleh dielakkan.Terutamanya kepada supplier makanan macam saya.Hahaha~Kadang-kadang seorang je buat sampai 3 order.Satu untuk breakfast dalam kelas,satu lagi untuk makan masa cikgu mengajar dan satu lagi untuk masa rehat.Gila kau masa sekolah~Haha..Jangan heran kenapa au comel,besar dan GEM...gembira macam ni.Hahaha~Duit tak habis ke mana pun.Habis untuk makannnn je.Belum lagi rehat.Nanti teringin nak beli lauk yang mak cik kantin masaklah.Nafsu rakus tahap cipan betul.Hahaha~Kalau tak habis makan jangan risau.Banyak kawan-kawan yang sudi habiskan.Indahnya zaman sekolah~Haha..Cara nak elakkan? Senang.Kalau korang dengar ada member buka makanan dia,atau ternampak dia tengah nak menyuap,report je kat cikgu.Terus report.Jangan takut.Esok lusa kau pulak dia buat macam tu.Hahaaha~Kejam tak???Jangan pulak kau ugut kawan kau "kalau kau tak bagi aku sikit,aku report kat cikgu kang.".Yang ini jangan.Hahaha~Kecik-kecik pandai mengugut orang~Haha..

Tidur
Haaa~Yang ini.Hahahaha~Yang ini aku tak pernah buat dalam kelas.Pelik tak pelik tak? Antara alasan aku tak pernah tidur dalam kelas(kalau cikgu mengajar) sebab aku tak pandai curi-curi tidur.Kedua aku takut cikgu marah aku tidur.Ketiga aku takut nanti aku berjaya menghasilkan peta-peta Malaysia tanpa aku sedar.Ye la.Awal pagi dah bawa muka elok-elok pegi kelas,sekali tidur,muka macam air liur basi.Siaplah kau kena ejek dengan satu kelas.Teringat member aku dulu,dia budak kelas lain.Dia nak tidur.So dia susunlah buku tinggi-tinggi kat meja dia.Sekali tu..Gedebuk! Habis meja dia jatuh.Hahahahahaha!!!Cikgu tanya dia kenapa,dia cakaplah kena langgar dengan kereta.Kantoi habis~Haha..Cara nak elakkan tidur dalam kelas? Bawa buah limau kasturi banyak-banyak.Kalau rasa nak ngantuk,jangan makan limau tu.Jangan.Tetapi picitlah satu biji limau itu ke matamu.Maka akan terasa teranglah dunia~Hahaha..Yang ini saya rekomen untuk try.Jangan tidak~

Banyak lagi sebenarnya aku nak tulis.Cara nak elak bawa fon pegi sekolah,dating dalam kelas,kacau kawan tengah study tetapi disebabkan masa mencemburui aku dan menyuruh aku untuk makan,so malaslah nak cerita kat sini lagi.Nanti aku buat #Part2 pulak.Hahaha~Angan-angan lebih.Ingat macam buat drama bersiri ke???

P/s : Rindukan zaman sekolah? Rindu kawan-kawan terutamanya.Haihh~Ingat dik,kalau masih sekolah belajar elok-elok.Iklan ini tidak ditaja.Akak pun tak taja.Iklan ni datang dari unta padang pasir~


Let Her Go-The Passenger

Friday, July 18, 2014

       The Passenger-Let Her Go

                                                                                              



Well you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you’re missin' home
Only know you love her when you let her go
And you let her go

Staring at the bottom of your glass
Hoping one day you'll make a dream last
But dreams come slow and they go so fast

You see her when you close your eyes
Maybe one day you'll understand why
Everything you touch surely dies

But you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

Staring at the ceiling in the dark
Same old empty feeling in your heart
'Cause love comes slow and it goes so fast

Well you see her when you fall asleep
But never to touch and never to keep
'Cause you loved her too much
And you dived too deep

Well you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

And you let her go (oh, oh, ooh, oh no)
And you let her go (oh, oh, ooh, oh no)
Will you let her go?

'Cause you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

'Cause you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go

Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go

And you let her go

P/s : Ini lagu fav aku^^, Wuu~Mendalam gituu maksud dia~

Please Pray|MH17


Whoever they are,our prayer be with them.Comfort them Lord.Keep they warm in your hand.Amen.

P/s : Terharu tengok orang luar negara pun caring dengan kejadian MH17.
Sesungguhnya kejadian yang Tuhan berikan mengajar kita bersatu dan percaya dengan rencananya.

Tuhan punya rencana|Ada hikmah disebaliknya


Me: God, can I ask You a question?

God: Sure

Me: Promise You won't get mad
... ... ... ...
God: I promise

Me: Why did You let so much stuff happen to me today?

God: What do u mean?

Me: Well, I woke up late

God: Yes

Me: My car took forever to start

God: Okay

Me: at lunch they made my sandwich wrong & I had to wait

God: Huummm

Me: On the way home, my phone went DEAD, just as I picked up a call

God: All right

Me: And on top of it all off, when I got home ~I just want to soak my feet in my new foot massager & relax. BUT it wouldn't work!!! Nothing went right today! Why did You do that?

God: Let me see, the death angel was at your bed this morning & I had to send one
of My Angels to battle him for your life. I let you sleep through that

Me (humbled): OH

GOD: I didn't let your car start because there was a drunk driver on your route that would have hit you if you were on the road.

Me: (ashamed)

God: The first person who made your sandwich today was sick & I didn't want you to catch what they have, I knew you couldn't afford to miss work.

Me (embarrassed):Okay

God: Your phone went dead bcuz the person that was calling was going to give false witness about what you said on that call, I didn't even let you talk to them so you would be covered.

Me (softly): I see God

God: Oh and that foot massager, it had a shortage that was going to throw out all of the power in your house tonight. I didn't think you wanted to be in the dark.

Me: I'm Sorry God

God: Don't be sorry, just learn to Trust Me.... in All things , the Good & the bad.

Me: I will trust You.

God: And don't doubt that My plan for your day is Always Better than your plan.

Me: I won't God. And let me just tell you God, Thank You for Everything today.

God: You're welcome child. It was just another day being your God and I Love looking after My Children...

-credits to the owner of this. (whoever you are) God bless and thank you.

MH17:Hati-hati gejala Screenshot


Hari ini sekali lagi negara kita dikejutkan dengan kejadian pesawat MH17.

Ini sedikit pesanan untuk adik-adik,para remaja,abang2,kakak2,pakcik makcik kat luar sana.

Hati-hati dengan post anda.Kerana pada masa inilah perbuatan screenshot akan merebak dengan pantas.

Jangan hamburkan perkataan yang tidak elok.

Diharap semuanya berfikir dengan waras.

Sama-sama kita doakan keselamatan MH17 sehingga diumumkan dengan rasminya esok pagi.

Pesawat Malaysia Airline MH17 terhempas di Ukraine

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

Memetik sumber industri penerbangan, laporan tersebut menyatakan pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat membawa 297 penumpang.

Doakan yang terbaik buat mereka.Semoga semuanya terselamat.Amen.

Pengajaran bulan Julai :

Thursday, July 17, 2014

1 : Bola
: Peminat bola terus dikecam dan seiring dengan kejadian Palestine Israel.Bukan sahaja pemain tetapi para Pemain bola.Semuanya dianggap tidak prihatin kepada kejadian peperangan yang sedang berlaku.

: Apa yang orang tidak nampak-
Pemain bola sepak pasukan Jerman, Mezut Ozil telah mengambil keputusan untuk mendermakan wang kemenangannya di Piala Dunia 2014 kepada 23 kanak-kanak yang perlu menjalani pembedahan di Brazil.

Walaupun gagal ke pusingan suku akhir Piala Dunia, pasukan Algeria antara pasukan yang menjadi tumpuan media sehingga ini.
Difahamkan, pasukan Algeria akan menderma wang yang dimenangi semasa pusingan ke-16 Piala Dunia itu berjumlah RM27 juta.

2 : Felixia Yap
: Felixia Yap menerima banyak kutukan dan hinaan daripada rakyat apabila menggunakan fesyen Hijab tetapi tidak memeluk agama Islam.

:Apa yang orang tidak nampak-
Cerita Felixia Yap yang akhirnya memeluk agama Islam menyedarkan dan memalukan pihak yang telah mengutuk beliau sebelum.Kesungguhan beliau untuk mendalami agama yang baru dipeluknya itu mampu membuatkan mulut yang sering mencacinya terdiam.Tidak salah memeluk agama mana sekalipun.Itu agama yang ingin dipeluk beliau.Semuanya terletak kepada diri  kita.Untuk mempaktikan seeloknya agama atau memeluk agama hanya kerana nama.

3 : Perang
: Peperangan antara Palestine dan Israel menjadi perbualan terhangat terutamanya di negara kita.

:Apa yang orang tidak nampak-
Perbuatan membakar mana-mana bendera negara tersebut cuma memalukan.Jikalau dengan membakar bendera mampu mendamaikan kedua-dua buah negara,bakarlah.Jikalau perbuatan mengutuk kedua-dua negara boleh mendamaikan terus kedua-dua negara,kutuklah.Saya puji perbuatan menghulurkan bantuan derma dan paling saya puji kepada sesiapa yang menghulurkan DOA yang seikhlasnya.Kepada Palestine,berdoalah supaya mereka bebas dari serangan Israel,dan kepada Israel,berdoalah agar mereka dilembutkan hati supaya menghentikan peperangan(sesungguhnya tiada senjata yang lebih hebat daripada DOA)

4 : Stering Lock
: Kiki telah menjadi buah mulut.Menghina Uncle Sim terutamanya pada bulan puasa menimbulkan kemarahan dan ketidaksengan rakyat terhadap perbuatan Kiki.Apatah lagi dengan merosakkan kereta uncle dengan stering lock beliau.

:Apa yang orang tidak nampak-Kiki telah menyesal dan telah membuat permohonan maaf berkali-kali.Kiki menyesal kerana perbuatannya telah menyebabkan beliau dicaci oleh masyarakat.Uncle Sim juga telah memaafkan Kiki kerana percaya setiap ajaran agama menuntut kita untuk saling memaafkan orang lain.Dengan isu ini juga,Uncle Sim telah menerima gelaran Man of The Year secara tidak langsung dan Kiki telah menerima banyak jemputan dari pihak radio pada tarikh hari ini.

5 : Sabah
: Isu penceroboh di negara Sabah mula mendapat perhatian.Ada yang prihatin dan ada yang belum prihatin.

:Apa yang orang tidak nampak-Banyak lagi yang tidak ambil kisah dengan apa yang terjadi di negeri Sabah.Ini bagi saya memang menyedihkan.Sama-sama kita berdoa untuk Sabah juga.

Sama-sama kita renungkan.Kadang-kadang kita yang menilai ini lebih teruk kerana kita mencaci orang tanpa asal usul.Mempertahankan sesuatu membuta tuli.Mata,telinga dan hati ditutupi.

Senang sahaja.Apabila terjadi sesuatu yang buruk,ingatlah bahawa itu adalah perancangan Tuhan yang terbaik untuk masa sekarang.Ganjaran untuk masa hadapan?Biar Tuhan tunjukkan pada masa hadapan.

Malu kalau kita ada agama tetapi tidak menunjukkan apa yang harus dituntut oleh agama.Semuanya akan berakhir dan bermula dengan kosong-kosong.


Top soalan sering ditanya kepada Fiona Maurice Faith

Disebabkan aku ni selalu muncul entah dari mana dan tiba-tiba macam superhero,mesti ada orang tertanya-tanya siapa aku.Kadang-kadang aku sendiri pun tertanya-tanya siapa aku.Dalam seribu yang bertanya,kebanyakannya memang peramah dan sedikit adalah yang kurang hajar sikit macam muka nak kena suap dengan arang batu dan yang paling sedikit tu adalah kategori biadap.Disebabkan selalu sangat terima 3 jenis layanan ini,saya sudah biasa dan lali malahan terbiasa(ehh~sama lah tu) untuk menjawab dengan muka slumber macam muka Lisa Surihani yang tengah ditanya soalan hot lagi mendidih dan pedas bertambah panas(sastera sangat~).Kalau boleh soalan dorang ni memang saya boleh agak.Malah saya boleh standby sendiri pun jawapan.Cuma perlu menggunakan kemahiran Copy&Paste sahaja dimana kemahiran ini saya telah aplikasikan semasa berada di Tingkatan 6(terima kasih Google sebab bagi kerja kursus aku lulus dengan markah cemerlang^^,)

Okay.Baiklah.Cukup.Sudahlah(ni memang nak kena makan penampar ni cakap banyak tapi tak masuk isi utama lagipun).Cakap banyak pun buat yang baca ni sakit hati je.Malaslah.Nanti tak pasal-pasal laptop dorang terbang ke lantai sebab stress baca ni.Haha~Peduli apa aku.Bukan laptop atau fon aku.Korang yang punya.Lempar sekaranglah kalau berani.Muahaha(kejam).Alololo~Meh sini,ni coklet.Simpan ye.Jangan makan.Nak expired baru makan ye? Dah...Antara soalan yang orang selalu tanya kat aku(bagi jawapan terus) :

1 : Hai.Nama apa ye? Nak kenal boleh?
:: Nama Fiona anak Maurice(Orang selalu tanya kenapa nama pendek sngat..Laaa..Kau jadi mak bapak aku dulu.Lpas tu suka hati kau lah nak bubuh nama aku panjang mana pun..haha..Syukur tau nama pendek.Senang orang nak ingat.Nama Faith tu aku dapat masa aku ambik Comfirmation[salah satu stage dalam gereja Roman Catholic].So,boleh dikira nama Kristian lah tu..).Boleh.Janji tak menggatal dan xmelampaui batas.Memang boleh.Dan lagi satu jangan biadap.Memang boleh sangat~

2 : Umur berapa?
:: Tahun ni nak masuk 20(3 Oktober).Tahun lahir pikir2 sendirilah.Kalau tak boleh nak pikir,kira je.Kalau fail nak kira,upahlah pakar Matematik untuk kira.

3 : Awak ni bangsa apa? Cina ke? Melayu? Or ada darah Filipin sikit?
::Ohhhhh~Semua salah~Haha..Saya orang Iban(kalau tanya Melayu and Cina tu okaylah.Ni tanya Filipin bagai.Ada iras2 Marian Rivera ke?? Harap lain kali ada orang ingat saya ni minah salleh lah pulak.Hahhaa..Melampau~)

4 : Asal mana ni?
:: Sarawak(yang ini jawapan paling pendek.Cepat,mudah,ringkas,dan mesra alam.Kalau tak tahu Sarawak kat mana,search kat Google.Cari dekat area London.Harap-harap dapat jumpalah ye.Hehe)

5 : Ni tengah study or kerja dah skrg?
:: Kerja tak..study pun tak.Jadi ladyboss kat rumah.Ladyboss dalam bidang tambah lemak.Hahaha..Kalau ada kerja pun,kerja makannn je.Tunggu nak sambung study.Kalau dapat tawaran masa bulan 8 nanti,jadi student lagilah^^,*berharap*

6 : Buat apa je tu?
:: Tak de buat pape pun.Online je.Chat dengan kawan-kawan.Dengar lagu juga.Lepas tu edit gambar.(haaa~ni lah masalah aku yang paling besar.Selalu cakap takde buat pape.Last-last aku senaraikan benda yang aku tengah buat,perghhh..gila banyak..Entahlah.Nampak macam menarik je kalau letak "Tak de buat pape pun" dekat depan tu.Hahaha...xtau lah korang ada yang mcm ni ke tak.)

7 : Tak tidur lagi ke?
:: Kalau saya dah tidur,siapa yang reply ni?(Soalan ni yang paling buat aku bengang.Ye lah..Kalau tanya tak nak tidur lagi ke boleh lah.Ni tak tidur lagi??? Maybe dia berharap ada hantu-hantu yang menarik tertarik kebabommm untuk reply kot~Dah seronok-seronok chat tiba-tiba tanya soalan ni memang pelik sngat dah.Beratus chat dah direply baru nak tanya soalan cenggini?)

Tu je kot anatara soalan panas hangat dan hangit orang selalu tanya kat saya.Haha..Malas nak pikir panjang-panjang(malas nak tulis sebenarnya.Banyak sangat merepek)

Aku tulis ni masa tengah-tengah malau tau.Tak tau ah kau yang baca ni jam berapa.Aku tak nak ambik kira.Haha..Dah..Merepek banyak sngat.Bye.