KITA PASTI DAPAT MENGHARUNGINYA

Saturday, March 11, 2017

SUMBER: Ayman Rashdan Wong


KITA PASTI DAPAT MENGHARUNGINYA
Saya dah pernah kata, segila-gila Korea Utara pun tetap sebuah aktor yang rasional dalam hubungan antarabangsa ("escalation of conflict" adalah sejenis strategi). Tiada sebab bagi Korea Utara menembak Malaysia atau mencederakan rakyat Malaysia di Pyongyang. Kim Jong-un dan geng mahu anda percaya mereka itu gila, supaya mereka berjaya "blackmailing" dan "psycho" kita. Ini adalah sebuah tarik tali diplomasi ("diplomatic tussle") yang akan berakhir dengan kompromi.
Kalau status Korea Utara sebagai negara nuklear adalah alasan untuk kita mengalah dalam tarik tali diplomasi ini, maka tak perlulah kita menentang Apartheid dulu kerana Afrika Selatan telah mempunyai keupayaan nuklear pada 1980-an, dan tak perlulah kita membela Palestin kerana Israel adalah sebuah negara bersenjata nuklear.
Komen yang menyifatkan keputusan Malaysia mengisytiharkan "persona non grata" ke atas Duta Korea Utara sebagai "idiotic" dan "tunjuk hero" umpama satu penghinaan ("insult") secara kolektif ke atas institusi yang bernama Wisma Putra (Kementerian Luar Negeri Malaysia). Ini bukan keputusan YBFM seorang, bukan keputusan YABPM seorang, ini adalah keputusan usaha sama Wisma Putra. Faham dulu bagaimana keputusan dibuat dalam kerajaan. Atau sekurang-kurangnya memahami beberapa prinsip-prinsip asas dalam undang-undang antarabangsa seperti timbal balas ("reciprocity" atau "tit-for-tat" – ada yang menganggap larangan warga Korea Utara meninggalkan Malaysia "macam kanak-kanak").
Wisma Putra mempunyai maklumat dan perisikan ("intelligence") yang cukup untuk bertindak. Cuba memahami "what is at stake" dalam isu ini. Ia bukan sekadar soal maruah, tetapi soal keselamatan jua: suspek pembunuhan Kim Jong-nam masih bersembunyi dalam Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur. Mereka mungkin membawa bahan beracun VX yang bahaya. Ratusan rakyat Korea Utara berkeliaran di Kuala Lumpur dan bakal mengancam keselamatan Malaysia, bila-bila saja. Apa yang bakal terjadi, kalau Malaysia tidak tegas dalam hal ini? Apa yang bakal terjadi, kalau Duta Korea Utara bersifat tidak bekerjasama dalam hal seserius ini?
Ingat pengalaman 44 tahun berurusan dengan Pyongyang tidak cukup bagi Malaysia membuat keputusan yang tepat? Saat anda menghina kebolehan Wisma Putra, anda juga menghina bangsa diri sendiri, iaitu Bangsa Nusantara yang terkenal dengan kehebatan berdiplomasi. Diplomasi adalah kekuatan kita. Parameswara membina empayar melalui diplomasi. Sejak Kementerian Luar Negeri ditubuhkan pada tahun 1957, apakah jenis cabaran yang tak mampu diatasi oleh para diplomat Malaysia? Apa, pemimpin sekarang tak sehebat Tun M? Siapa Menteri Pertahanan zaman Tun M? Siapa Menteri Luar zaman Tun M?
"Alah… hang PTD, mestilah sokong kerajaan. Nama pun macai!"
Betul, sebab saya seorang PTD lah saya faham apa yang tengah dirasa mereka di Pyongyang dan mereka di No. 1 Jalan Wisma Putra. Anda boleh buat lawak, boleh troll, boleh mengeluh apa saja yang anda tak puas hati dengan kerajaan, tapi bagi kami para PTD, krisis sebegini hanyalah sebahagian daripada lumrah kehidupan kami yang berlandaskan motto "Saya Yang Menurut Perintah".
Jangan anda menzalimi para PTD yang menerajui Wisma Putra, yang bekerja siang malam demi negara yang tercinta. Ada yang meninggalkan keluarga, ada yang mengorbankan kebahagiaan diri. Tidak semua ditempatkan di London, Paris atau New York, lebih banyak di kalangan mereka perlu meredah kesusahan di negara-negara Dunia Ketiga yang bahaya dan mundur, di Mali, di Suriname, di Timor-Leste, dan di Korea Utara. Mereka lah yang menjadi simbol persahabatan rakyat Malaysia, mengumpul maklumat dan berada di barisan depan sekali apabila negara diserang secara fizikal atau verbal. Dalam masa 60 tahun yang lalu, mereka lah yang mengukir kejayaan Malaysia sebagai sebuah "Middle Power" yang disegani dan disanjungi di pentas dunia.
Mereka tidak memerlukan kata-kata sinis, tidak memerlukan analisis perasan bagus, tidak memerlukan lawak bodoh. Mereka sudah bersedia untuk semua ini pada hari pertama bergelar sebagai P.T.D. Apa yang diperlukan oleh mereka, 3 orang anggota Pejabat Perwakilan Malaysia (Malawakil) dan 6 orang ahli keluarga mereka, serta 2 orang anggota UN World Food Programme ialah doa dan sokongan moral bagi mereka menghadapi cabaran ini, cabaran yang pasti akan diharungi oleh kita semua. Dan lebih penting, bersatu menentang kebiadapan Korea Utara.
Mari kita berdoa yang baik-baik sahaja kepada diplomat kita di Pyongyang:
(1) Mohd Nor Azrin Md. Zain, Kaunselor,
(2) Mohamad Razak Sabtu, Setiausaha Kedua,
(3) Noor Saidah Jamaludin, Pembantu Peribadi,
dan ahli keluarga mereka.
Sikap pemimpin-pemimpin semua parti politik mengetepikan politik kepartian dalam isu ini adalah amat terpuji.
#Solidariti bersama Malawakil Pyongyang. Have faith in Wisma Putra.
Dalam gambar: buku yang sentiasa menghidupkan keyakinan saya terhadap diplomasi Malaysia. Dulu, kini dan selamanya.


Korea Utara vs Malaysia

Friday, March 10, 2017

Sumber: The Mole


Kau dapat lah bezakan penulisan/komentar orang yang banyak membaca bahan bacaan neutral (tidak hanya berpihak kepada satu pendirian tanpa dipengaruhi objektif sebenar penulis) dengan literasi/komentar orang yang ilmunya suam-suam kuku ataupun memang cetek.
.
Megahnya rakyat Malaysia yang bongkak mengutuk tindakan kerajaan Malaysia terhadap negara Korea Utara hanya kerana beliau merupakan seorang pembangkang tegar ataupun tidak mempunyai ilmu yang mendalam terhadap ilmu-ilmu dalam bidang Kajian/Hubungan Antarabangsa (International Studies/Relations).
.
Ramai yang mempersendakan Politik (Domestik/Antarabangsa) adalah sebuah ilmu yang keji kerana menilai daripada tindakan ahli-ahli politik dan diplomatik yang selalu dianggap cuma bersenang-lenang dengan kemewahan tetapi membuat keputusan yang kurang/tidak tepat kerana tindakan tersebut dianggap pengecut atau tidak sama dengan apa yang diharapkan oleh rakyat.
.
Memang tidak dinafikan ada yang menjawat jawatan tersebut telah menyalahgunakan jawatan tersebut demi kepentingan individu, kadangkala membuat keputusan yang salah, tetapi tidak bermakna semua tindakan beliau adalah salah.
.
Setiap individu mempunyai ideologi,pandangan dan juga model2 tersendiri untuk dijadikan panduan dalam membentuk sesuatu keputusan.
.
Jikalau disenaraikan teori2, pandangan dan model2 tersebut terlampau banyak dan sudah pastinya setiap perkara tersebut mempunyai kelemahan-kelemahan yang tersendiri. Bukan sahaja manusia tetapi perkara yang disebutkan juga tidak sempurna untuk menganalisis dan menjelaskan sesuatu tindakan atau keadaan yang berlaku.
.
Jadilah penulis yang berilmu. Menulis dengan literasi, bukan emosi.
.
“In international relations, in foreign policy, a great deal has to do with historical circumstances, a great deal has to do with the sense and perception of people." (Salman Kurshid).

.
Sementara itu, ulasan mengenai situasi Korea Utara dengan Malaysia telah diulas baik oleh Saudara Ayman Rashdan Wong . Berikut merupakan ulasan beliau: Lawak Antarabangsa
LAWAK ANTARABANGSA
Saya ingat Kim Jong-un (pemimpin Korea Utara) dah kira manusia paling lawak di dunia, rupanya ada yang lebih lawak daripada itu. Mengapa saya kata begitu?
Sebelum itu, mari kita “rewind” dulu pasal drama “Attack on Kim Jong-nam” ini. Kes dia macam ini: Kim Jong-nam abang Kim Jong-un dibunuh di KLIA. Polis Malaysia mahu melakukan bedah siasat. Kedutaan Korea Utara tak bagi, nak tuntut balik mayatnya. Pendirian polis kita ialah sila ikut prosedur Malaysia. Tak puas hati punya pasal, Duta Korea Utara iaitu Kang Chol mempertikaikan undang-undang Malaysia. Maka Malaysia mengisytiharkan Kang Chol sebagai “persona non grata” (orang yang tidak dihargai), dengan arti kata lain, halau. Korea Utara pula membuat pengumuman bahawa rakyat Malaysia (ada dalam 11 orang, kebanyakan kakitangan di Kedutaan Malaysia di Pyongyang) tidak dibenarkan meninggalkan Korea Utara.
Adakah Malaysia berhak untuk mengisytiharkan Duta Korea Utara sebagai “persona non grata”? Ada. Ia telah diperuntukkan dalam Artikel 9, Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik 1961. Yang bersalah dalam hal ini ialah Korea Utara kerana 11 rakyat Malaysia yang berkhidmat dalam Kedutaan (9 orang) dan World Food Programme (2 orang) ditahan itu mempunyai kekebalan diplomatik (“diplomatic immunity”). Dalam undang-undang antarabangsa, diplomat hanya boleh dihalau, tidak boleh ditahan.
Dari permulaan drama ini Malaysia telah bertindak mengikut undang-undang dan norma antarabangsa. Namun, bedah siasat akan mendedahkan kebenaran tentang kematian misteri Kim Jong-nam. Kedegilan Korea Utara dalam memberi kerjasama seolah-olah memberi tanda ada udang di sebalik mee Jajangmyeon.
Apa yang Korea Utara buat sekarang ialah “blackmailing” (peras ugut). Ini bukan kali pertama. Tanyalah jiran Korea Utara iaitu Korea Selatan dan Jepun sudah berapa kali diperas ugut olehnya. Di tahun 2009, Korea Utara juga menahan dua orang wartawan Amerika Syarikat, dan mereka hanya dibebaskan selepas bekas presiden Amerika, Bill Clinton melawat Pyongyang untuk rundingan rahsia.
Dengan menjadikan rakyat Malaysia sebagai tebusan (“hostage”), rejim samseng Korea Utara berharap dapat menebus balik mayat Kim Jong-nam yang mengandungi kebenaran yang mereka cuba sembunyikan. Malaysia tidak mencari pasal dengan Korea Utara, Korea Utara yang mencari pasal dengan kita. Kalau kali ini Malaysia membenarkan Korea Utara membawa balik mayat sesuka hati, apa yang bakal terjadi selepas ini? Orang asing datang membunuh rakyatnya dan membawa balik?
“Battle of the wills” ini menguji siapa yang mengalah terlebih dahulu. Dalam hal ini, orang asing sedang memijak kepala kita kerana kita mempertahankan hak kedaulatan kita, jadi kita harus bersatu sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah, bukan memperlekehkan kerajaan sendiri. Kalau di saat ini pun anda masih mahu menjadi zombie politik, mohon berpindah ke Korea Utara.
Dalam drama kali ini, ada sebuah aktor yang nampak berdiam, iaitu China. Sebenarnya China mengalami dilema di antara Korea Utara dan Malaysia: China melihat Malaysia sebagai rakan strategik di rantau Asia Tenggara, namun pada masa yang sama Korea Utara ialah bidak penting dalam percaturan geopolitik Asia Timur. Kalau China menyokong Korea Utara, Malaysia akan tersinggung. Kalau China menyokong Malaysia, Korea Utara pula akan tersinggung. Jadi lebih baik China berdiam.
Tahun 1981, tiga kakitangan Kedutaan Soviet Union diisytiharkan sebagai “persona non grata” kerana disyaki mengintip. Dengar, Soviet Union itu. Malaysia pun tidak gentar. Apatah lagi Korea Utara.
“Ha ha ha… tengok, ada orang Malaysia kutuk kerajaan sendiri disebabkan masalah yang kita timbulkan. 바보 (babo)!” Kata seorang ajumma yang sedang menonton berita TV dalam rumahnya di Pyongyang.
Siapakah lawak antarabangsa sekarang?

Happy International Women's Day

Thursday, March 9, 2017


To all women out there: You are beautiful, cute and gorgeous. Regardless of your size, your skin type, and etc. You are emotionally strong and physically fine to do what men can do outside there. You become more competitive. You are messy at home, but you slaying outside and such an angel inside of your mind, heart, and soul. You are such a fighter and when you have to stop it is not because you are giving up but because you have done enough. Do not ever let a man lay his finger (s) on you cause you are not that punchbag. You do not deserve any harsh word. You are not a fool. You are precious. You are everything wonderful.
Happy International Women's Day.
Sincerely,
Fiona.

Mencari Tempat Latihan Industri/Praktikal/Internship bagi Program Kajian Antarabangsa/International Relations

Thursday, February 9, 2017

Hi. Salam sejahtera.

Rasa kaku pula ingin menulis setelah sekian lama meninggalkan dunia blogging ini. Kalau tengok tarikh terakhir saya membuat sebarang post memang dah hampir boleh dah sambut ulang tahun blog usang ini.

Tidak terasa kini sudah bergelar pelajar tahun akhir program Kajian Antarabangsa di Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS). Harap-harap tiada halangan untuk bergelar pelajar bergraduat pada bulan November nanti.

Semester baru akan dibuka tidak lama lagi dan tugas untuk mencari tempat Latihan Industri telah pun diterangkan secara ringkas oleh pensyarah yang berkenaan. Agak sukar untuk mencari tempat praktikal. Untuk yang sudahpun melalui proses ini mesti faham cabaran tersebut. Ditambah lagi dengan keadaan ekonomi negara kita sekarang semakin menambah sukaran kepada para pelajar untuk memohon latihan industri yang lebih jauh.

Bagi para pelajar yang berada di kawasan negeri Sarawak, and boleh memohon untuk menjalani Latihan Industri di tempat-tempat yang berikut:
1)SUHAKAM
2)Maritim
3)Konsulat Indonesia&Brunei
4)WWF
5)Ministry of Foreign Affairs
6)Tourism
7)SEDC

Terdapat banyak lagi tempat-tempat yang menawarkan Latihan Industri tetapi tidak disenaraikan oleh saya :)

Selamat berjaya kepada rakan-rakan seangkatan ataupun buat juniors!

ISIS Tak JAHAT!

Saturday, June 4, 2016


Saya: Any question guys?
Coursemate: So selepas kajian ini, pada pendapat anda adakah ISIS ini baik tau jahat?
Saya: *Tarik nafas dalam2."

Sudah menjangkakan yang soalan ini akan ditanya semasa sesi Q&A dengan tajuk pembentangan "ISIS : Media & Propaganda". Soalan yang ringkas dan mudah tetapi menjerat. Salah cara menjawab memang habislah markah pembentangan nanti.

Menjadi seorang pelajar International Studies or International Relations memaksa saya ke satu tahap maksima sebagai seorang pelajar didalam bidang ini untuk menjadi seorang yang rajin membaca dan juga wajib mengetahui tentang isu-isu semasa.

Agak mecabar untuk membentangkan isu-isu berkaitan dengan soal agama terutamanya antara 3 kumpulan yang membentangkan tajuk yang sama tetapi dibawah skop kajian yang berbeza, saya merupakan satu-satunya pelajar non-Muslim yang turut melakukan kajian tersebut. Malah saya mengambil tanggungjawab yang lebih besar daripada kumpulan kami untuk melakukan sesi pembentangan.

Dengan gigihnya melakukan tugasan tersebut selama 2 bulan lebih, banyak maklumat yang telah diperolehi. Banyak juga persoalan-persoalan yang berada diminda, banyak juga kata nama dan juga tanda tanya (eh.eh..ternyanyi pulak), akhirnya banyak perkara yang tidak diketahui sebelum ini telah berjaya dijawab. Berkat kerjasama antara kumpulan tugasan yang sukar akhirnya menjadi sedikit kurang sukar.

Selesai pembentangan maka bermulalah sesi soal jawab.

Saya: Any question guys?
Coursemate: So selepas kajian ini, pada pendapat anda adakah ISIS ini baik tau jahat?
Saya: *Tarik nafas dalam2.* 
          "Tidak adil sekiranya saya melabelkan gerakan ini sebagai satu gerakan yang JAHAT. ISIS mempunyai agenda yang tersendiri dan mereka adalah satu gerakan yang mempunyai Objektif2 yang harus mereka capai. Tidak dinafikan banyak aktiviti keganasan yang dilakukan oleh pihak ini, dan aktiviti tersebut bukanlah muslihat oleh pihak lain untuk menjatuhkan agama Islam. Namun, aktiviti ini telah dikeluarkan secara rasmi oleh ketua gerakan ini melalui semua laman web dan juga media sosial mereka yang rasmi.
           Namun, berbalik semula kepada pertanyaan saudari, adakah ISIS ini Jahat atau Tidak? Saya tidak akan menjawab secara langsung, namun akan memberikan jawapan secara tersirat. Gerakan ini memang baik kerana ada nilai positif yang mereka ingin lakukan terhadap agama mereka sendiri, TETAPI adalah tidak adil bagi orang lain yang menjadi mangsa terhadap perjuangan mereka. Sebagai contohnya aktiviti pembunuhan yang melibatkan nyawa orang yang tidak bersalah. Ini mungkin salah satu daripada objektif mereka dalam memperjuangkan Jihad. Tetapi adakah adil untuk kita melakukan aktiviti keganasan bagi mencapai objektif kita? MALTAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA."

Berkahirlah pembentangan tersebut dan syukur kumpulan kami mendapat markah 12/15 untuk pembentangan tersebut.

So, bagi rakan-rakan yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang ini, sahutlah cabaran kepada diri sendiri :) Kita belajar untuk menimba ilmu. Seronok jadi pelajar I.R? Yup! Yup! :)

P/S : Sebarang komen, kritikan & pandangan digalakkan :)

Matang Wildlife Family Park

Wednesday, January 20, 2016

Dengar cerita banyak juga yang dah lama tinggalkan blog. Termasuk saya lah tu. Sebab kekok nak cakap-cakao and bebel-bebel, meh nak kongsi gambar masa perfi Matang Wild Life Family Park masa musim study week hari tu haa. Or to be exactly lepas study week la. Hahaha.. Paper kan ada gap dari 29th December 2015 to 4th January 2016, so lepas new year tu terus pergi sini. Kiranya ni kali pertama mandi sungai untuk tahun 2016.

Opss! Before tu, kalau ada yang berminat nak pergi sini masa buat cuti-cuti dalam Malaysia kat Sarawak boleh lah pergi sini. Keindahan alam semula jadi yang boleh tahan memukau. Kalau rasa rindu nak mandi sungai lepas tu tengok batu-batu besar dan lari dari bandar boleh lah datang sini,

Entrance cuma RM4.00.

Hari tu saya pergi dengan housemates, dan kawan-kawan yang lain. 6 orang guna satu kereta. Memang macam ikan sardin lah. Hahaha. Sebab saya besar saya duduk depan lah. Hahaha, Dah, Enough bebel. Jom usha gambar meh.





Terima kasih kepada sahabat yang sudi tolong ambilkan gambar. Muehehehe~

Memang puas hati dapat release tension dekat sini.