Smartphone

Tuesday, April 14, 2015



Bila lama sudah tidak menulis sekarang rasa kekok pula. Ditemani cerita CSI : Cyber, saya juga akan menemani anda. Haha... Amboi kemain skema ayat aku guna. *Tarik nafas* kemudian... *Tak payah hemus balik* . Gurau. Hambar ye? Okay lah. Tak pe.

Selama aku diam ni aku buat apa? Sibuk sangat ke aku sampai tak da masa untuk update blog lagi? Tak de la. Tak sibuk mana pun. Cuma nak try jauhkan diri daripada laptop. Tu je. Nak jauhkan diri daripada teknologi terkini.

Walaupun smartphone menggantikan laptop. Tapi... Fon tu aku anggap ia bukan tekbologi. Hari tu kan kita orang tulis essay pasal fon. Lepas tu kan masa aku tulis essay tu baru aku sedar fon sekarang bukan sekadar fon.

Dulu kan kerja kau masa pegang fon cuma untuk bbuat panggilan, mesej, main game dan untuk dijadikan bom disebabkan kekebalan fon nokia 31010 kau tu.

Sekarang dengan adanya smartphone kau tu, kau boleh ambik gambar. Kemudian kau boleh jadikan sebagai cermin. Boleh jadi Alarm clock kau. Apa lagi eh.. Umm.. Boleh jadi mp3. Paling penting boleh tolong kau untuk elakkan diri daripada situasi awkward. Ye la masa kau sesorang tunggu kawan and orang kat tepi2 kau ketawa mengilai kau pun rasa krik krik krik krik. Kesian kan...? Kesian kau. Hahaha.. Masa tu lah kau paksa kawan kau untuk datang cepat. Terus kau carutz dia dalam Whatsapp. Sesambil kau buat moment kat wechat konon2 kau bengan lah dengan member kau. Lulz.

Sekali sekala mandikanlah fon kau tu sebagai tanda terima kasih. Dah busuk macam bau ketiak fon kau tu.

No comments:

Post a Comment