Cyber Crime

Thursday, April 16, 2015

Pagi ni agak mencabar bila dah masukkan anak buah lebih dari 3 kali dalam buaian dia. Nak dodoikan dia tapi dia meronta. Dia meniarap dalam tu. Last-last kakak ambil alih tugas and sekarang dia tidur. Kau tau ibarat menjinakkan burung merpati. Dia konon-konon manja. Tapi bila kita pegang nak dodoikan dia melawan.

Pagi ni cuma nak bercerita tentang perangai manusia kat laman sosial. Tak nak lah buka topik yang biasa kita dengar. Macam kau kenal dengan si A kemudian jatuh cinta. Ataupun merungut pasal budak-budak yang selalu but fake relay kat laman sosial. Mahupun sembang pasal orang yang suka mengaibkan orang tanpa usul periksa. Atau cerita pasal kaki carut sekaligus penganjing yang berkeliaran di newsfeed anda.

Kali ni kita cerita sejauh mana kita mampu untuk menyimpan identiti kita di laman sosial. Bila kita cakap pasal benda alah ni, kita kadang-kadang ambil ringan je. Contohnya : Apakah 'Bangsa' anda? Mahupun soalan berkaitan jantina ataupun nama haiwan peliharaan kamu yang pertama.

Apabila kita mengisi ruangan tersebuat maka data kita akan dikumpul. Apabila sekali sahaja anda sudah menekan butang 'Send' maka data anda akan disimpan. Kau ingat orang tak berminat dengan data kau? Kau pernah tengok CSI:CYBER ? Dimana mangsa-mangsa dipilih daripada laman web.

Benda ni semua mengajar kita untuk berhati-hati. Hati-hati dengan apa yang kita kongsi dengan seluruh dunia tanpa pemisah.

Try cari kat Youtube video sorang mamat ni dia aim sesetengah individu yang terlampau berkongsi dengan masyarakat pasal diri mereka. Kemudian dia approach dorang ni then bagitau dorang yang dia kenal dorang. Then dia boleh bagitau tarikh lahar, alamat, nama haiwan peliharaan dorang and macam-macam lagi details dorang. Freak you out huh?

Hati-hati :)

1 comment:

  1. watch manny pacquiao vs floyd mayweather jr full fight was born upon December 17, 1978, in Kibawe,
    Bukidnon, Philippines He is the child of Rosalio Pacquiao but Dionesia Dapidran-Pacquiao.

    ReplyDelete