Tengok Wayang Sorang:Guardian Of The Galaxy

Saturday, August 23, 2014

Kau nampak tajuk atas tu? PATHETIC FIONA! Hahaha..Hari tu kan..hmm..hari selasa lah.Masa tu aku bayar yuran pengajian aku and buat buku akaun.Ye lah.Orang lain dah sibuk bayar yuran start 18hb hari tu,aku pulak masih rilex-rilex hisap rokok*ini perumpamaan sahaja okay*.Aku pun bincang ngan bapak aku,aku settle semua hal.And selesai~Tunggu aku balik rumah kemudian daftar online.Lepas tu,bapak aku kena balik kerja.Tapi aku nak pergi mana???

So,mula-mula first dan pertama sekali dia nak hantar aku kat ofis kakak aku.Tapi aku tak nak.Bosangggg lah duduk ofis.Bukan aku ada kerja pun.Kot ye aku boleh online kat sana,pun bosan.Sebab aku tak boleh nak gila-gila nanti.Gila ke apa nak gila-gila orang lain tengok nanti.Kalau aku dengan kakak aku je boleh lah aku buat perangai sewe aku.Lagipun CCTV sana sini.Jatuhlah saham WANITA gua nanti~

Lepas tu,ayah aku tanya lah aku nak pergi mana.Nak jalan-jalan kat pasar ke.Oh ya.Ini gua nak bagitau.Orang Sarawak cakap BANDAR tu PASAR tau.Jangan herann~Bukan pasar minggu.Pasar itu Bandar dan Bandar itu Pasar.Kalau pasar minggu tempat beli sayur and lauk-pauk tu orang sini cakap PASAR TAMU gituu lohh~*Cakap indon pulak* Lepas gua talk-talk dengan ayah gua,akhirnya kami mencapai kata sepakat dan gua pun dibenarkan untuk jalan sesorang kat bandar.

Tempat gua jejalan? Tadaaaa~PREMIER Sibu~

Gua jalan lah.Pergi atas pergi bawah.Naik atas turun bawah.Antah berapa kali gua turun naik bangunan situ.Hahaha~Gua rasa pekerja kat situ pun mesti nak lempang muka gua~Bukanya besar pun tempat tu.Nak pergi jalan tempat lain,naya gua dengan cuaca panas.Ayah gua bagi RM50.00 je.Gua ni memang PANDAI sangat guna duit.Bila orang bagi sikit,barulah gua fikir nak guna duit dengan elok.Lagipun gua ni tak pandai nak minta duit lebih.Mana orang bagi,gua ambiklah.Bukan soal tak ada duit,tapi gua ni jenis tak nak minta lebih.Syukurla ayah gua bagi daripada takde langsung.Nak ambik duit dalam bank,hmm hmm hmm~Sayang duit gua! Hahahaha~

Maka bermulalah perjalanan gua:

Dengan RM50.00 di tangan,gua beli Ink Printer RM37.00.So,bakinya RM13.00.Dalam dompet gua ada RM2.00.Kita campur jadi RM15.00.Dengan duit RM15,setelah gua fikir bagai nak mampus,akhirnya gua putuskan untuk tengok wayang.Akhirnya gua tengok cerita Guardian Of The Galaxy.


Tiket yang gua beli pulak harga RM12.00 sebab gua tengok 3D.Bukan gua nak sangat tengok 3D,tapi memang tu je cerita yang sedang main masa tu.Nak beli tiket lain,terlalu awal and terlalu lambat.Nanti tak bestlah tengok cerita setengah-setengah.Pukul 5 ayah gua jemput gua pulak.Tinggallah baki duit gua sebanyak RM3.00.Akhirnya gua putuskan untuk beli keropok.Keropok tu pulak harga RM3.50.Huarghhhh~Hahaha.Nape tak jual murah mak cik?Nasib baik gua ada duit spare tau*duit siling je pun* Maka tak da lagilah duit kertas dalam dompet gua!!! Hahaha~Kesian tak? Kesian kan? Gua tulis ni pun tengah nangis sambil lap hingus*melampau*.


Paling comel,cuma ada 5 orang sahaja dalam tu.Hahaha! Aku,laki sorang,laki sorang and satu pasangan kapel.Nasib baik juga dorang tak buat wayang sendiri.Kalau tak,bukan 3D lagi wayang yang gua nampak.100D.Haha~Walaupun ada kebebasan untuk duduk kat mana-mana kerusi,kami memilih untuk duduk dekat-dekat.Laki sorang duduk baris depan belah kiri,sorang duduk depan belah kanan,aku duduk belakng lelaki yang baris kiri dan kapel dorang tu duduk kat belakang lelaki yang duduk baris kanan.Oh~Kami comel~

Gelak sama-sama~Nangis sama-sama.Cerita ni best sangat!!! Tak de satu part pun yang bosan.Serius aku habaq kat hang.Memang best.

So,ada sesiapa kat sini nak belanja gua tenok wayang??? Heheheheheheee~

4 comments:

  1. Laaaa kesian nya tgk cite sorang sorang...Best ke cite tu. Kita pun belum sempat nak tgk cite tu dok asyik tgk premier screening Nuffnang je..huhu..

    Komen No 405
    http://jomsantaisekejap.blogspot.com/2014/08/jom-blogcomments-4.html

    ReplyDelete
  2. sedihnya tengok sorang2.. hehehe

    ReplyDelete
  3. alaaa, kesiannya.. kmk selalu juak dlk tngga wayang sorang2. tapi nektok ada hubby. nyalah teman.. heheheh

    btw, thanks for stopping by my blog.. Do follow me back ya.. :P

    ReplyDelete