Tahniah!Melanjutkan Pelajaran di UNIMAS(WA15-Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian[Kajian Antarabngsa])

Thursday, August 14, 2014

2 hari dah aku jarang post pape kan? Keputusan masuk U dah keluar dan aku dapat apa? Syukur aku dapat ditawarkan pengajian Kajian Antarabangsa(International Relation/IR) di Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS) dengan pointer 3.67.Tak jauh pun dari tempat tinggal aku.7 jam kalau guna jalan darat.Hehe.Saja belum nak cakap pape pasal dapat tawaran ni sebab otak pandai jammed pulak.Jammed sebab perasan cuti ku yang 9 bulan selepas STPM.


Masa aku dapat ni memang otak aku jammed.Tepat pukul 12pm, 15 chat masuk kat FB.Kemudian masuk lagi satu masuk lagi satu sampai laptop saya pun jammed! -,- Sungguh.Dorang semua prihatin.Kemudian masuk mesej kat fon.Yang saya pulak masih belom lagi cek dapat tawaran kat mana.Bila nak dekat 12.20pm barulah dapat cek keputusan sebab server tak busy lagi dah.

Masa tu lah saya reply chat dan mesej perlahan-lahan.Text tu semua main copy and paste je.Tak kisah dorang tanya dalam bentuk soalan apa pun tujuan dorang semua sama.Nak tau dapat kat mana aku sambung belajar.

Saya banyak kawan dan junior dan juga senior masa kat sekolah dapat kat UNIMAS.Lepas dorang dapat tau,perghhhh~Semua invite masuk group UNIMAS.Macam-macam group ada.Group bakal pelajar UNIMAS,UNIMAS INTAKE 2014/2015,group Fakulti Sains Sosial(FSS),group student IR,group Kolej Kediaman Bunga Raya,Cempaka,Tuh Ahmad Zaidi,Sakura.Aduiii~Haha..Saya tinggal dekat Kolej Kediaman Bunga Raya.So join lah group tu.Lepas tu dorang terus invite untuk like official page student UNIMAS.

Dengan otak yang memang dah jammed,maka bertambah jammed lagilah otak ni.Haha.Nak gelak pun ada oii~Lepas tu terus terus cari geng student IR.Yang ni lagi lawak.Student IR yang aku kenal baru je 7 orang.Mungkin banyak yang tak online dan belum memunculkan diri.Masa sesi Minggu Aluan Pelajar(MAP) maybe banyaklah jumpa geng nanti.

Orang cakap Kolej Bunga Raya(BRC) ni best.Bilik dia besarrr~Campur perempuan lelaki.Hahhh??? Perempuan lelaki?? Bukan campur duduk sebumbung.Campur kawasan kolej tapi lain blok.Kolej ni je mampu menampung 2K pelajar.Banyak tu.Banyak.Tak pe.Yang penting bilik dia besarrr~Haha..Dengar kata kolej ni banyak aktiviti untuk student under ni.Selalu menang pertandingan anjuran antara Kolej.Okaylah tu.Okay sangat.

Masuk je group-group tu,amboi~Senior memang peramah.Semua beri tunjuk ajar untuk bakal pelajar.Semua membantu dan menjawab pertanyaan kami-kami yang memang banyak soalan ni.Dorang yang senior untuk setiap kos pun muncul.Memberi penerangan serba ringkas pasal kos yang diambil.Okaylah tu.Layanan memang TIP TOP.

Aku tanyalah masa sesi MAP nanti teruk macam orentasi ala-ala askar tak??? Jawapan dia??
Korang banyak jalan kaki.PAYUNG PALING PENTING!
Korang akan letih sebab tak cukup tidur.Tidur 2-3 jam camtu je.
Jangan risau~LO semua baik-baik.
Korang banyak makan.Sebab kami sediakan makanan banyak.
Kalau bernasib baik korang makan Pizza.DENGAN SYARAT nyanyi elok-elok lagu UNIMAS GEMILANG.
Bla bla bla~Bla bla bla~

Okay okay.Stop! Haha..

Kita sambung di entri lain lah ye.Ni je yang mampu aku kongsi.Tak larat nak taip banyak-banyak*ehh~bukan dah taip banyak ke?*

9 comments:

  1. Tahniah Fiona !!! yang baca entry ni pun jammed otak tau .. wakakkakaa

    ReplyDelete
  2. wah best nyaa. tahniah2. xmo jammed2 tau! hahaha

    ReplyDelete
  3. Tahniah Fiona..selamat menyimpul memori..hehe..lain bunyinya..

    ReplyDelete
  4. congratulations fiona!
    kembali menuntut ilmu nampaknya. :)

    ReplyDelete
  5. Hai, Kakak. Saya baru sahaja ditawarkan kursus ini untuk pengambilan UNIMAS Sesi 2015/2016. Kakak, boleh Kakak ceritakan serba sedikit tentang kursus ini beserta kerjaya yang ditawarkan oleh kursus ini? Saya perlukan pertolongan Kakak. Terima kasih, Kakak.

    ReplyDelete
  6. Hai, Kakak. Saya baru sahaja ditawarkan kursus ini untuk pengambilan UNIMAS Sesi 2015/2016. Kakak, boleh Kakak ceritakan serba sedikit tentang kursus ini beserta kerjaya yang ditawarkan oleh kursus ini? Saya perlukan pertolongan Kakak. Terima kasih, Kakak.

    ReplyDelete
  7. Hai, Kakak. Saya baru sahaja ditawarkan kursus ini untuk pengambilan UNIMAS Sesi 2015/2016. Kakak, boleh Kakak ceritakan serba sedikit tentang kursus ini beserta kerjaya yang ditawarkan oleh kursus ini? Saya perlukan pertolongan Kakak. Terima kasih, Kakak.

    ReplyDelete
  8. Hai, Sis. Saya ditawarkan kursus yang sama dengan Sis untuk kemasukan UNIMAS sesi 2015/2016. Boleh tak Sis tolong berikan sedikit penerangan tentang subjek yang diajar beserta skop pekerjaan? Saya memerlukan pertolongan Sis untuk buat keputusan.

    ReplyDelete