Orang Merdeka..Engkau?

Sunday, August 31, 2014

Orang merdeka engkau?
Engkau merdeka.

Orang naikkan bendera,
kau naikan benda beroda.

Motok terpacak kau mendabik dada,
Kereta terpacak hampir hilang nyawa.

Orang berdoa bersyukur aman damai bersama keluarga,
Engkau?

Berada di jalanan tak tentu hala,
Berborak kosong menjamu mata,
Air ditangan memang berbisa,
Diteguk berkali-kali kau rasa luar biasa,
Hingga otak jadi durjana.

Orang bersorak MERDEKA,
Kau bersorak apa?

Orang post di fesbuk,
Kau turut serta.

Hmm~
Haruskah aku gelak?

Kemudian kau berbangga kerana kau sedang bergembira,
Memang tidak salah untuk gembira,
Tapi perlakuanmu dan perbuatanmu,
Masuk bilik tak kira jantina,
Ingin memuas nafsu derhaka,
Pagi tersedar mulut tersenyum,
Kau masih berbangga?
Padahal orang di lapangan bersiap-siap bersorak merdeka.

Arghh!
Apa merdeka sebenar dimatamu?

Mungkin sekadar mainan.


2 comments:

  1. Kena faham erti sebenar kemerdekaan kan?

    ReplyDelete
  2. merdeka sangatlah budak2 kita sekarang... yang tadika mungkin merasa merdeka... hurm percayalah, waktu ini ramai yang bercinta di atas katil :) "merdeka" kata mereka...

    ReplyDelete