IC Aku Hilang

Thursday, August 28, 2014

Malam yang sendu dan suram ditambahkan lagi dengan cuaca dingin sebab petang ni asyik hujan je.Macam tu jugak perasaan aku sekarang.Ada lagi masalah yang datang.Semalam aku buat IC baru dan aku dah ambik dah.Tak lama pun.Tak sampai 30minit aku dah dapat IC aku.

Tengah hari tadi mak aku cakap nak tengok IC baru aku,aku pun ambik dompet dalam beg aku.Kemudian aku cari IC aku dalam tu.Cari punya cari,tapi tak jumpa.Aku dah cuak dah.Kemudian aku cari dalam beg aku and dalam fail yang ada kat beg aku.Cari lagi tapi masih tak jumpa.

Confirm ni aku kena marah dengan ayah aku nanti.Kena marah teruk.Tik tok tik tok.Jam makin nak dekat dah.Aku tunggu ayah aku balik kerja.Aku siapkan hati,jiwa dan raga aku dahulu.Biar nanti aku kuat sikit bila kena marah.Dengan masa yang ada,aku cari lagi.Mak aku tolong carikan.Kemudian kakak ipar aku tolong carikan jugak.Tapi tak jumpa.

Kalau IC ni hilang,ni kali ketiga aku buat IC baru.Maka akan ada 04 lah dibelakang IC aku tu.IC aku akan jadilah macam ni nanti 941003-13-****-04.Aku chat kawan aku.Mana tau tercicir dalan kereta dia ke.AKu try flashback apa yang aku buat semalam.Kot-kot aku ada letak kat mana-mana ke.Aku ada keluarkan IC aku ke.Tapi??? Hmm~Otak aku tak boleh berfikir dah.

Aku cuma doa je semoga IC aku tu boleh jumpa.Dah lah nak sambung belajar.Benda yang paling penting,tu juga yang hilang.Aku trauma dengan IC ni.AKu tak tau lah.Mungkin aku yang tak pandai jaga.Aku lemah dah ni.

Aku berharap sesangat aku boleh jumpa IC aku balik.Kalaulah keajaiban berlaku esok :(

P/s:Fiona fioa~tu laaa..Cuai sangat!!!!!!!!!!!!


8 comments:

  1. fuh, 4 kali dah? harap dapat jumpa as soon as possible la

    ReplyDelete
  2. ena setakat ni baru dua kali tuka IC... hehehe... hati2 ye lepas ni sayang... Ena harap miss place je tu ye

    ReplyDelete
  3. tak pernah tukar ic lagi..huhu..try cari lagi..kot2 tercicir ..

    ReplyDelete
  4. Ciannya.....pengalaman saya kalau sesuatu benda yang hilang/tercicir kalau kita cari punya cari memang tak jumpa. Tapi bila kita tengah rilek belek belek fail lama atau kemas rumah..ha time tu lah kita akan jumpa. Anyway be careful next time ye..

    ReplyDelete
  5. Mak aihhh...tak pernah lagi akak jumpa org yg hilang ic smpi 4 kali...awak pecah rekod la..hihi..

    ReplyDelete
  6. Salam ukhwah, singgah sini jalan-jalan blogwalking dari segmen Nak URL Blog #10 by mialiana.. salam perkenalan, salam ceria dari MyCherita

    ReplyDelete
  7. aiyoo.. kita hilang kreta tp dia hilang ic.. baca doa hilang brg.. insyaAllah.. mesti jumpak balik..

    ReplyDelete
  8. adoyaaii susah hati kan bila ilang barang :'(

    YOU HAVE BEEN TAGGED !
    The Versatile Blogger Award

    ReplyDelete