Gigihnya Mereka Mencari Rezeki

Monday, August 11, 2014

Nanga Tada,Kanowit:Sangat sejuk.Hujan lebat dari pagi.Dah tengah hari dan aku tengok jam dah nak dekat pukul 1.Tapi hujan masih tak berhenti.Makin kuat.Aku kejar si Joanna lari sana sini guna kereta dia.Aku stop depan pintu and tengok ke luar.Aku ternampaklah pekerja-pekerja lori sampah tengah angkat sampah-sampah dari tong sampah hijau tu naik masuk dalam lori sampah.

Hujan ni.Lebat pulak tu.Aku tengok dorang buat kerja lagi.
"Ya Tuhan.Demi sesuap nasi mereka sanggup menumpuh hujan panas.Gigihnya mereka.Tak hiraukan kesihatan diri sendiri."

Tabah.Kuat.Dan aku tak tau nak bagi gelaran apa lagi untuk mereka.Gaji mereka bukan sebesar mana pun.Kerja mereka bukan senang.Bau sampah.Lawan cuaca.Memang mencabar.Hati aku tak henti-henti cakap kesian kat dorang.

Kita ni mampu tengok je.Tak tahu beban dorang.
Mencari sesuap nasi untuk diri sendiri,ibu ayah,isteri dan anak-anak mungkin.Kita semua tak tahu.
Yang aku tahu,mereka mencari rezeki dengan halal.
Jangan dihina mereka ni.Mereka kerja.Itu kerja mereka.Tak de mereka takde sape2 nak buat kerja macam tu.Kita ni kalau orang suruh buat kerja macam tu mampukah kita? Sanggupkah kita?

Aku tabik dengan dorang.Dan juga orang lain yang bekerja.Siapapun mereka,aku doakan supaya dipermudahkan segala tugas mereka.Semoga tabah dalam mencari rezeki yang halal :)


3 comments:

  1. Apa pun kerja mereka yang penting halal :)

    ReplyDelete
  2. tak apa... lebih usaha besar ganjaran...

    ReplyDelete
  3. yang penting halal kerja tu dan tak menyusahkan orang ;)

    ReplyDelete