Blog Berhantu Bekerja Sendiri

Sunday, August 31, 2014

Tajuk macam haremmmm~Mentang-mentang dah buat schedule post.Orang lain punya excited nak daftar U,aku masih mood ke laut,darat,langit dan angkasa lepas.Tak tahu lah.Sejak kebelakangan atau lebih comel lagi aku panggil bulan 'Ogos' ni memang tak berapa nak seronok mood aku.Banyak tragedi bulan lapan.Bukan tragedi Oktober ala-ala lagu Awie tu.Tidak sama sekali.Mungkin nak kena tampar pipi kot baru nak semangat sikit,kemudian sepak kat perut dan diikuti dengan 5 kali tikaman pisau tajam di dada barulah semangat aku nak belajar tinggi menggunung.

Tajuk entri post berhantu.Tapi kau cakap apa ni Fiona? Sudah makan ubatkah? Biar kurang merepek.A'aa.Blog gua berhantu.Ini kerana schedule post tu semua.Nanti gua cuma boleh post gambar and Video.Selamat menonton ye.Korang pandai-pandai sendirilah tengok video kat sini nanti.Gua tak kan padam background music.Biar korang stress.Biar korang boleh rasa apa yang aku rasa.

Esok pagi aku dah bertolak pergi Kuching,nampaknya gua sambut merdeka atas jalan raya je la.Disitulah lahirnya sebuah kereta~kemudian 1hb pegi jalan-jalan.2hb gua daftar and terus melekatlah disana.

3-8hb ada Minggu Aluan Pelajar.Dah lah baru masuk.Haha...Tiap hari kena jalan kaki jauh-jauh.Padan muka kau Fiona..Sebelum ni bakar lomak kat badan depan laptop.Lepas ni kau merasalah EXERCISE kaki dan otak.Gua harap kadar metabolisme gua semakin meningkat dan gua pasti selera makan gua akan hilang sementara kerana perlu sesuaikan diri dengan persekitaran baru.

Tak tahulah macam mana agaknya gua kat sana.Dengar kata kos Kajian Antarabngsa ni banyak budak perempuan.Eloklah tu.Gua dari dulu selalu classmate banyak girls~Nanti jadi kelas gedik lah.Kata kauuu~

Oh! Gua rindu rumah.Adik bongsu gua dah nangis-nangis hari ni.Gua pulak rasa sendut.Eh bukan.Rasa sendu.Dan pilu.Alololo~Kesian dia.Tapi gua lagi kesian.Kena jauh dengan family.Terutamanya kesayangan gua Joanna..Wuarghhh!!! Mak miss you sooooo much Joanna!!!


Korang tengok muka dia.Macam manalah aku boleh tahan nanti berjauhan dengan dia ni :'(
Rindulerrr nak gomol-gomol dia.Nak gurau-gurau.Nak marah dia :(


Anak,nanti bila mak datang,rambut tu kasi panjang-panjang.Boleh mak ikat rambut camtu lagi.Haha.

Ohhhh..demi menuntut ilmu. :')

No comments:

Post a Comment