Bila nak masuk U?

Saturday, August 9, 2014

Jadi lepasan STPM ni,memang ni lah benda yang selalu sangat masuk telinga aku.Mana tak nya,9 bulan mak cik-mak cik and pak cik-pak cik tengok muka aku kat rumah je.Nak kerja,parents tak bagi sangat.Memang penggangur terhormat ni.Nak buat macam mana,bukan tak nak sambung belajar cepat,tapi kalau pengurusan dia macam tu,nak kata apa lagi.

Sebab dorang tengok muka ni selalu,kadang-kadang ada yang perlekehkan kita.Tak boleh kita nak salahkan dorang dan yang paling penting,kita jangan ambik hati.Anggap je semua tu gurau-gurau kasar manja dari dorang.Haha.Tapi aku serius memang tak pernah ambik hati lagi.Aku nikmati hidup aku apa.Ala~Dorang cakap kejap je pun.Takde nak cakap and tanya lama-lama.

Kalau dorang tanya,aku memang jawab penuh KESABARAN dan bagi jawapan PANJANG LEBAR.Haha..Seronok juga.Part yang best bila dorang angguk-angguk kemudia cakap "ye ye ye" je.Ada yang cakap seronoklah kena skip Diploma.Kalau seronok,jom lah kita masuk F6 ramai-ramai.Haha.Kita rasakan tahap seronok dia tu.

Aku kira bernasib baiklah ada parents yang memang memahami.Dorang memang tak tanya bila nak masuk U.Bukan dorang tak kisah,tapi anaknya yang sorang ini kalau ada benda terbaru,memang cakap terus kat dorang.Sebab tu dorang tak tanya.Syukur dapat parents macam ni.Memang supportive.

Ingat masa dapat IV hari tu,dorang tanya dah belajar tak? Ada ulangkaji tak? Konfiden tak? Ayahlah yang paling banyak berkorban masa.Sanggup hantar sana sini demi anak yang sorang ni.Sanggup ambik cuti.Nasib baiklah dia senang nak apply cuti.Mak ni susah sikit.Susah nak cuti sebab dia cikgu.Even ayah ajar dia untuk curi-curi ambik cuti pun dia tak pernah lagi buat.Haha.Memang pekerja yang baik dan amanah.

Tak lama lagi keputusan UPU nak keluar.12 Ogos ni memang confirm keluar.Semalam pihak UPU dah hantar mesej.Yang aku ni pulak,sebab tak pegang fon,aku tak perasan lah dapat mesej.Tu pun sebab ada seorang sahabat yang chat kat FB barulah aku perasan pihak UPU ada mesej.Mesej pun sebab nak ingatkan yang UPU dah boleh semak 12hb Ogos pada jam 12tengahari.Mesej tu bukan boleh buat aku senyum pun.Makin tambahkan nervous aku adalah.

Dan sekarang,apa-apa yang aku buat mesti aku teringat pasal UPU ni.Bangun je tidur aku terus pikir benda ni.Bukan sebab tak sabar.Tapi benda tu memang menghantui hariku dan hidupku.Berapa banyak 'ku' lah.Masa aku F5 dulu aku takde pikir sangat pun U ni semua.Dapat F6 paling buatkan aku bersyukur.Mungkin masa tu aku betul-betul tak sedia nak pergi U kot.Sekarang maybe dah lain sikit.

Nak banggakan ibu bapa.Nak bagi kebahagiaan untuk dorang.Nok dorang rasa seronok sebab anak berjaya.Segala-galanya memang untuk dorang.Korang doakan saya ye supaya dapat yang terbaik ^^,

Lord,here I am again, Fiona(Faith) ak Maurice,I ask you to bless me and all STPM and SPM candidates(2012-2013).

Luke 11:9

 "I tell you, ask, and it will be given you. Seek, and you will find. Knock, and it will be opened to you. "

I know I am worry to much but now O Lord,I put my trust in you.

Matthew 6:24-26 

"Therefore I tell you, do not worry about your life, what you will eat or drink; or about your body, what you will wear. Is not life more important than food, and the body more important than clothes?"

Philippians 4:6

 "Don’t worry about anything, but pray about everything. With thankful hearts offer up your prayers and requests to God."

Jeremiah 29:11

For I know the plans I have for you, declares the Lord, plans for welfare and not for evil, to give you a future and a hope.



In God I trust.Amen.



2 comments:

  1. gud luck yeah fiona . . wish u all the best :))

    ReplyDelete
  2. semoga berjaya menyambung pelajaran di IPTA

    ReplyDelete