11 Tips Belajar Dengan Mudah|Cara FMF

Friday, August 1, 2014

Sejak dua menjak ni tiba-tiba banyak yang tanya apa RAHSIA saya belajar.Yang banyak tanya saya ni pula adik-adik Sem 3 dari bekas sekolah saya dahulu.Ni mesti nak tanya kenapa pulak nak tahu rahsia saya belajar.Sebab pertama dan tidak boleh dinafikan adalah kerana saya pelajar yang sangat nakal.Sangat suka bercakap.Sangat bising.Suka kacau orang sana sini.Tak berapa rajin nak buat kerja rumah.Dan yang paling menghairankan sebab saya jarang yang teramatlah jarang ulangkaji dalam kelas semasa cikgu tak ada ataupun masa cikgu suruh buat sendiri.

Sebelum nak kongsi rahsia,ni nak cakap sikit.Result saya tak ada gempak mana pun masa STPM,malah lebih banyak yang gempak dari saya tapi dengan result ala kadar ni pun saya dah bersyukur sangat-sangat.Menjadi pelajar Tingkatan 6 sangat mematangkan diri saya untuk memandang berat soal masa hadapan saya.Semasa Tingkatan 5,result saya sangat-sangat teruk.Betul tak tipu.Saya cuma dapat 1A+,4B+,1C+.2C&3D.Saya dulu dari kelas Sains.Memang otak saya tak boleh nak hadam kot dengan Sains-sains ni.Hehe.Saya dengan huruf dan formula-formula memang sangat tidak serasi*sedih :(*

Masuk Tingkatan 6 saya ditawarkan untuk masuk ke aliran Sains,tapi saya fikir betul-betul dan tak naklah 'pisang berbuah dua kali' so saya minta ditukarkan ke kelas sastera.Sebulan duduk kat kelas Sains(Biology),kemudian saya pun pindah ke aliran sastera dan ambik subjek Pengajian Am(PA),Bahasa Melayu(BM),Sejarah(Sej) & Kesusasteraan Melayu Komunikatif(KMK).Batch kita orang mencabar sebab guna sistem Sem(3 Sem kesemuanya).Kalau gagal memang boleh repeat,tapi tak bolehlah nak repeat banyak kali.Nanti tak dapat pulak dapat result STPM.Sijil pun tak kan keluar-keluar.

Okay.Tak payah cakap banyak,dengan segala yang saya lalui dalam masa setahun setengah,inilah result yang saya dapat : 

1 : Ketahui Kelebihan Anda
:: Kenapa nak tahu tentang kelebihan anda? Andai katalah anda lebih 'terer' dalam BM,kurangkan masa sedikit untuk belajar BM.Bukan TIDAK BELAJAR LANGSUNG! Tetapi kurangkan dan ambik masa yang selebihnya untuk belajar subjek lain.Sebagai contoh anda peruntukkan 2jam untuk belajar BM dan 2jam lagi untuk belajar Sejarah,jadi gunakan 1jam30minit untuk belajar BM dan masa gunakan baki 30monit lagi untuk belajar Sejarah*Contoh*.Tetapi kalau anda terer dalam kesemua subjek,imbangkanlah semua masa anda dengan betul.

2 : Jangan Tidur Dalam Kelas
:: Saya memang nakal.Tetapi dari sekolah rendah,tidur dalam kelas memang satu-satunya benda yang saya belum berani nak buat lagi.Alasannya adalah kerana saya takut 'kantoi' dan takut dimarahi terus selepas bangun tidur.Sapa yang nak kena marah lepas bangun tidur kan? Haha.Saya dulu ada seorang kawan.Kalau dalam kelas dia memang fokus kalau cikgu mengajar,kemudian kalau dia balik ke rumah dia akan lepak sampai malam.Tapi result SPM dia gempak woo~Jadi saya aplikasikan teknik ni.Memang berkesan.Ternyata berkesan dan tak payah menggunakan produk terlajak laris*merepek*

3 : Catat Apa Yang Cikgu Ajar
:: Apa yang keluar dari mulut seseorang guru itu adalah sangat berguna.Maka jangan sia-siakan.Bak kata cikgu PA saya dahulu,"Air liur seseorang guru itu sangat berharga dan kalau terkena liurnya memang berkat.Dapat lahirkan seseorang murid yang lebih berkualiti dan bukan BERKUALI."Nampak lawaknya kat situ? :P Tapi memang betul,Kalau cikgu cakap bahagian ni penting,ini pun penting dan yang ini lagi penting,so jangan lupa catat.Kadang-kadang apa yang cikgu tekankan memang ada keluar dalam exam.Setidaknya 20% daripada 100% pun dah cukupkan daripada tak boleh nak jawab langsung.

4 : Buat Nota Dengan Lebih Menarik
:: Ramai tak tahu macam mana nak buat nota ringkas? Saya pun mengalami hal yang sama.Jadi untuk tidak membosankan diri untuk membuat nota,saya cadangkan anda menggunakan sesuatu yang berwarna-warni.Misalnya anda mempunyai buku nota tersendiri,buatlah nota dengan menggunakan pelbagai warna pen.Ataupun belilah buku nota yang berwarna-warni dang gunakan pen yang berdakwat gelap supaya mudah dibaca.

Buku Nota Sem2

Nota Sejarah Sem 2

Warna merah dibiarkan kosong.Terlalu gelap dan tidak menarik minat untuk membaca apa-apa di warna ini.

Nota Sejarah Sem2

Nota KMK Sem2

Nota BM Sem2

Nota PA Sem2

5 : Gunakan Singkatan
:: Pernah gunakan singkatan untuk memudahkan proses penghafalan anda? Mesti pernah kan? Contohnya macam mana untuk mengingat urutan warna pelangi? Gunakanlah sesuatu yang berirama seperti Me-Ji-Ku-Hi_Bi-In-U(MErah-JIngga-KUning-HIjau-BIru-Indigo-Ungu).Pilih perkataan yang paling menonjol dalam isi penting anda dan keluarkan perkataan yang terawal supaya lebih senang dihafal.

6 : Gunakan Lukisan/Jalan Cerita
:: Bagi individu yang sukar untuk mengahafal terutamanya dalam subjek Sejarah,saya sarankan agar anda menggunakan teknik ini.Ini memberikan keseronokan untuk anda.Walaupun lukisan anda buruk seperti lukisan saya mungkin,tetapi apabila diberi soalan yang berkaitan anda akan automatik teringat akan lukisan anda sendiri.Tersenyum-senyum menjawab soalan peperiksaan sebab teringat akan lukisan sendiri.Gunakan manusia lidi pun boleh kalau tak berapa mahir melukis.Pastikan lukisan anda ringakt tetapi padat.Ini bermaksud lukisan anda adalah lukisan yang biasa tetapi mempunyai jalan cerita yang menyeluruh untuk ISI PENTING tersebut.

7 : Ulang Kaji Pelajaran
:: Ini adalah penting untuk memantapkan lagi ingatan anda.Sekiranya anda 'kurang rajin' macam saya,cukuplah sekadar membaca tanpa perlu mengingat apa yang anda baca.TETAPI,bacalah dengan sekerap yang mungkin.Anda mungkin merasakan anda belum menghafal,tetapi otak anda telahpun mengahafal sedikit demi sedikit bahan bacaan anda.Saya juga lebih memilih untuk menghafal pada last minute.Ini bermakna sebelum peperiksaan,saya cuma melakukan bacaan yang kerap,kemudian apabila hampir tiba waktu peperiksaan(saya lebih suka belajar dengan pressure dalam masa seminggu),saya akan memaksa otak saya untuk menghafal.Teknik ini agak merbahaya.Kadang-kadang boleh menyebabkan otak jammed dan anda akan menjadi geram selepas menyerahkan kertas peperiksaan sebab selalunya selepas kertas itu bertukar tangan,barulah anda akan ingat semula jawapan yang sepatutnya.(Seeloknya hafallah lebih awal)

8 : Buat Jadual Waktu Belajar
:: Dah last minute? Tinggal sebulan lagi?? Sudah terlambat??? Belum! Anda belum terlambat!!! Buat jadual waktu.Andai kata anda pelajar STPM macam saya dahulu,kesemua subjek anda adalah 4,so buat jadual macam di bawah :
Jadual untuk Sem3

Kalau belajar,tick.Kalau tak,tulis miss.Kalau buat benda lain,tulis je.Macam perlawanan antara Sarawak&Sime Darby tu.Haha :P

Dalam satu minggu kena ada cheating day untuk rehatkan otak :P

--------------------------------------------Lain-Lain-------------------------------------------------------

9 : Tidur Yang Secukupnya
:: Selepas balik dari sekolah,saya akan merehatkan otak.Dan selalunya terlampau berehat.Tidur sampai pukul 7 petang.Malah saya pernah tidur sampai pukul 9 tanpa mendengar apa-apa bunyi walaupun pintu bilik sudah diketuk kuat oleh abang dan kakak.Haha.Balik sekolah sampai tak makan kemudian terus tidur.Kadang-kadang masih pakai baju sekolah sebab terlampau letih.Saya selalu berjaga sampai lewat malam.Dan selepas balik sekolah adalah perkara wajib untuk menebus masa tidur di waktu malam.

10 : Sambil Belajar On Facebook&Main Games
:: Pelik tak? Haha..Mana ada orang boleh belajar sambil main FB or main games kan? Bukan...Macam ni.Jadikan FB/Games sebagai peneman anda.Apabila anda rasa mengantuk apabila membuat latihan,mainlah FB/GAMES sehingga 5MINIT.Saya tegaskan.SELAMA 5MINIT SAHAJA! 10Minit pun boleh~Haha..Ini adalah untuk menghilangkan rasa bosan dan rasa mengantuk anda.
Selain itu,anda juga boleh on TV semasa belajar TETAPI jangan on channel kegemaran anda.Cukup sebagai peneman.(Kalau saya,saya elakkan daripada mendengar music sebab perhatian saya lebih tertumpu kepada music tersebut kemudian mulut saya dan otak saya juga secara tidak langsung akan turut menyanyi.Haha)

11 : Ikhlas
:: Saya percaya sebab kita kejar ilmu ini adalah ikhlas dari hati.Bukan sebab kita belajar nak menunjuk-nunjuk.Apatah lagi untuk menerima gelaran sebagai 'Budak Pandai' or 'Budak Rajin'.Selalu fikirkan ibu bapa kita.Macam mana nak balas jasa dorang.Fikir masa depan.Tak apa.Susah dulu,senang kemudian.

LAST BUT NOT THE LEAST::
12 : BERDOA
:: Usaha tanpa sebuah doa tidak akan berjaya.Sebelum belajar berdoa supaya semuanya dipermudahkan.Selepas habis belajar berdoa juga kerana segalanya selesai untuk hari tersebut dan berdoalah agar ilmu yang anda peroleh itu akan masuk ke dalam otak~Sebelum exam and selepas exam juga jangan lupa berdoa.


Semoga berjaya kepada adik-adik yang nak exam.
Semoga juga tips di atas dapat membantu.Untuk keputusan yang lebih baik daripada akak ni,better uolls push diri sendiri dan paling penting jangan tiru tahap kemalasan saya.Haha~..No Pain,No Gain right???

P/s : Tak lama lagi dah nak keluar dah keputusan UPU :(

3 comments:

  1. kita stpm..serupaaa...nice tips !

    ReplyDelete
  2. Nice tips tq. Tumpang tanya, for exmple kalau sehari tu awak bljr bm..adakah seharian awak bljar bm atau beberapa jam sahaja?

    ReplyDelete
  3. Tq. Nice post. Nice stp result!..em can i ask about yr muet result? Mind to share? :)

    ReplyDelete