Top soalan sering ditanya kepada Fiona Maurice Faith

Thursday, July 17, 2014

Disebabkan aku ni selalu muncul entah dari mana dan tiba-tiba macam superhero,mesti ada orang tertanya-tanya siapa aku.Kadang-kadang aku sendiri pun tertanya-tanya siapa aku.Dalam seribu yang bertanya,kebanyakannya memang peramah dan sedikit adalah yang kurang hajar sikit macam muka nak kena suap dengan arang batu dan yang paling sedikit tu adalah kategori biadap.Disebabkan selalu sangat terima 3 jenis layanan ini,saya sudah biasa dan lali malahan terbiasa(ehh~sama lah tu) untuk menjawab dengan muka slumber macam muka Lisa Surihani yang tengah ditanya soalan hot lagi mendidih dan pedas bertambah panas(sastera sangat~).Kalau boleh soalan dorang ni memang saya boleh agak.Malah saya boleh standby sendiri pun jawapan.Cuma perlu menggunakan kemahiran Copy&Paste sahaja dimana kemahiran ini saya telah aplikasikan semasa berada di Tingkatan 6(terima kasih Google sebab bagi kerja kursus aku lulus dengan markah cemerlang^^,)

Okay.Baiklah.Cukup.Sudahlah(ni memang nak kena makan penampar ni cakap banyak tapi tak masuk isi utama lagipun).Cakap banyak pun buat yang baca ni sakit hati je.Malaslah.Nanti tak pasal-pasal laptop dorang terbang ke lantai sebab stress baca ni.Haha~Peduli apa aku.Bukan laptop atau fon aku.Korang yang punya.Lempar sekaranglah kalau berani.Muahaha(kejam).Alololo~Meh sini,ni coklet.Simpan ye.Jangan makan.Nak expired baru makan ye? Dah...Antara soalan yang orang selalu tanya kat aku(bagi jawapan terus) :

1 : Hai.Nama apa ye? Nak kenal boleh?
:: Nama Fiona anak Maurice(Orang selalu tanya kenapa nama pendek sngat..Laaa..Kau jadi mak bapak aku dulu.Lpas tu suka hati kau lah nak bubuh nama aku panjang mana pun..haha..Syukur tau nama pendek.Senang orang nak ingat.Nama Faith tu aku dapat masa aku ambik Comfirmation[salah satu stage dalam gereja Roman Catholic].So,boleh dikira nama Kristian lah tu..).Boleh.Janji tak menggatal dan xmelampaui batas.Memang boleh.Dan lagi satu jangan biadap.Memang boleh sangat~

2 : Umur berapa?
:: Tahun ni nak masuk 20(3 Oktober).Tahun lahir pikir2 sendirilah.Kalau tak boleh nak pikir,kira je.Kalau fail nak kira,upahlah pakar Matematik untuk kira.

3 : Awak ni bangsa apa? Cina ke? Melayu? Or ada darah Filipin sikit?
::Ohhhhh~Semua salah~Haha..Saya orang Iban(kalau tanya Melayu and Cina tu okaylah.Ni tanya Filipin bagai.Ada iras2 Marian Rivera ke?? Harap lain kali ada orang ingat saya ni minah salleh lah pulak.Hahhaa..Melampau~)

4 : Asal mana ni?
:: Sarawak(yang ini jawapan paling pendek.Cepat,mudah,ringkas,dan mesra alam.Kalau tak tahu Sarawak kat mana,search kat Google.Cari dekat area London.Harap-harap dapat jumpalah ye.Hehe)

5 : Ni tengah study or kerja dah skrg?
:: Kerja tak..study pun tak.Jadi ladyboss kat rumah.Ladyboss dalam bidang tambah lemak.Hahaha..Kalau ada kerja pun,kerja makannn je.Tunggu nak sambung study.Kalau dapat tawaran masa bulan 8 nanti,jadi student lagilah^^,*berharap*

6 : Buat apa je tu?
:: Tak de buat pape pun.Online je.Chat dengan kawan-kawan.Dengar lagu juga.Lepas tu edit gambar.(haaa~ni lah masalah aku yang paling besar.Selalu cakap takde buat pape.Last-last aku senaraikan benda yang aku tengah buat,perghhh..gila banyak..Entahlah.Nampak macam menarik je kalau letak "Tak de buat pape pun" dekat depan tu.Hahaha...xtau lah korang ada yang mcm ni ke tak.)

7 : Tak tidur lagi ke?
:: Kalau saya dah tidur,siapa yang reply ni?(Soalan ni yang paling buat aku bengang.Ye lah..Kalau tanya tak nak tidur lagi ke boleh lah.Ni tak tidur lagi??? Maybe dia berharap ada hantu-hantu yang menarik tertarik kebabommm untuk reply kot~Dah seronok-seronok chat tiba-tiba tanya soalan ni memang pelik sngat dah.Beratus chat dah direply baru nak tanya soalan cenggini?)

Tu je kot anatara soalan panas hangat dan hangit orang selalu tanya kat saya.Haha..Malas nak pikir panjang-panjang(malas nak tulis sebenarnya.Banyak sangat merepek)

Aku tulis ni masa tengah-tengah malau tau.Tak tau ah kau yang baca ni jam berapa.Aku tak nak ambik kira.Haha..Dah..Merepek banyak sngat.Bye.

No comments:

Post a Comment