Sahabat Yang Baik

Friday, July 25, 2014

Zaman persekolahan meninggalkan banyak kesan kepada aku sendiri.Mungkin juga kepada anda.Salah satu sebab zaman persekolahan menyeronokkan sesangat.Bukan sebab kita seronok jumpa cikgu,jumpa pengawas sekolah,usya pakwe makwe sekolah dan juga sebab paling besar adalah bukan disebabkan HOMEWORK~

Bangkit jatuh kita,sahabat adalah insan yang paling setia.Dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 adalah pengalaman yang menyeronokkan.Tetapi untuk pelajar yang dapat naik ke Tingkatan 6 macam saya,suasana persahabatan itu sedikit berubah,bukan setakat menyeronokkan tetapi dengan keadaan persekitaran yang lebih memahami.Cikgu dia pun tambah sporting sebab bagi mereka kita ni bukan budak kecik lagi.So,macam mana nak kenal sahabat kita itu baik atau tidak?

100% dari sahabat yang pernah saya kenal,95% memang baik-baik semuanya termasuklah yang baca entri ni.Haha(senyum sikit).Betul betul.Saya tak tipu.Saya bersyukur sangat-sangat sebab Tuhan bagi saya sehabat yang macam ini.

Sahabat saya yang paling baik saya anugerahkan kepada Parents dan Siblings saya sendiri.
Mempunyai ibu dan ayah yang tidak kekok melayan anak-anak,sentiasa bergurau senda dan menganggap anak sendiri sebagai sahabat saya kira menyebabkan mereka memenangi anugerah ini.Haha~Ingat dahulu semasa Tingkatan 3,bila ayah dan mak tahu saya ada couple(im am soooooooo busted!haha),memang dorang tak marah.Tapi nasihat dorang memang mendalam dan pedas.Saat ini saya sedar  macam mana parents saya betul-betul nak lihat saya berjaya.Dengan sedikit kesedaran ini saya cuma dapat 5A3B.Tapi bila Tingkatan 5,tak tau apa silapnya.Mungkin semakin lalai dengan dunia remaja,then cuma dapat result 1A4B,2C,3D(kau ada result teruk macam ni??? Tak de kan?Haha).Kemudian semasa di Tingkatan 6,saat saya betul-betul semakin matang dan sedar saya harus bangkit semula.Terima kasih kepada mak dan ayah dan juga adik-beradik yang sentiasa bagi dorongan.Akhirnya dapat keputusan 3A1B sangat mencukupi :')

Sahabat saya yang ketiga terbaik saya anugerahkan kepada sahabat saya dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di #SMKRosliDhoby.Yeppiiiiiiiiii~Hahaha~Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka semua.Tanpa mereka,tiadalah Fiona yang nakal dan gila bertambah kuat merepek :') Dengan kenakalan yang kami miliki,kami sering dikecam oleh senior-senior yang melihat kami sebagai kumpulan yang berlagak dan juga nakal ditambah dengan kaki bising.Gila kau tiada pengawas yang tahan jaga kelas kami lama-lama disebabkan 90% dari kami ini pot pet pot pet dan 10% sahaja yang belajar.Puff~Bila diingat balik memang nakal gila!Haha..Mereka juga sahabat susah dan senang.

Wawa je yang Muslim kot~Wawa,raya nak datang rumahlah~ :P

Dah pesal rambut aku macam tu? Baru aku ingat aku baru luruskan rambut~Haha.Macam kena simbah air~

Aww~Kesayangan hamba T.T Rinduuu~

Yang cantik,pretty dan beautiful ni kawan aku dari kecik sampai sekarang.17tahun bersahabat.Dari umur 3 tahun sampai sekarang :') I LOVE YOU :*


Sahabat keempat saya nugerahkan kepada sahabat-sahabat yang saya jumpa di alam maya.Tak semua orang dekat internet ni penipu.Kita sendirilah kena hati-hati.Setakat ini belum jumpa lagi sahabat yang menipu dari alam maya.

Tak kira siapa pun yang menjadi sahabat saya,sahabat baik atau sekadar sahabat biasa.Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih.Jatuh bangun saya kerana anda semua*nangis-nangis sambil pegang tisu dan lap hingus*.

P/s : Kalau zaman sekolah,asal Friendship day mensti awal-awal pagi dah peluk kawan-kawan dan cium kat pipi dorang*pompuan je lerrr~hehe* arghhh~nak sekolahhhh balik boleh tak cikgu?

No comments:

Post a Comment