Pengajaran bulan Julai :

Thursday, July 17, 2014

1 : Bola
: Peminat bola terus dikecam dan seiring dengan kejadian Palestine Israel.Bukan sahaja pemain tetapi para Pemain bola.Semuanya dianggap tidak prihatin kepada kejadian peperangan yang sedang berlaku.

: Apa yang orang tidak nampak-
Pemain bola sepak pasukan Jerman, Mezut Ozil telah mengambil keputusan untuk mendermakan wang kemenangannya di Piala Dunia 2014 kepada 23 kanak-kanak yang perlu menjalani pembedahan di Brazil.

Walaupun gagal ke pusingan suku akhir Piala Dunia, pasukan Algeria antara pasukan yang menjadi tumpuan media sehingga ini.
Difahamkan, pasukan Algeria akan menderma wang yang dimenangi semasa pusingan ke-16 Piala Dunia itu berjumlah RM27 juta.

2 : Felixia Yap
: Felixia Yap menerima banyak kutukan dan hinaan daripada rakyat apabila menggunakan fesyen Hijab tetapi tidak memeluk agama Islam.

:Apa yang orang tidak nampak-
Cerita Felixia Yap yang akhirnya memeluk agama Islam menyedarkan dan memalukan pihak yang telah mengutuk beliau sebelum.Kesungguhan beliau untuk mendalami agama yang baru dipeluknya itu mampu membuatkan mulut yang sering mencacinya terdiam.Tidak salah memeluk agama mana sekalipun.Itu agama yang ingin dipeluk beliau.Semuanya terletak kepada diri  kita.Untuk mempaktikan seeloknya agama atau memeluk agama hanya kerana nama.

3 : Perang
: Peperangan antara Palestine dan Israel menjadi perbualan terhangat terutamanya di negara kita.

:Apa yang orang tidak nampak-
Perbuatan membakar mana-mana bendera negara tersebut cuma memalukan.Jikalau dengan membakar bendera mampu mendamaikan kedua-dua buah negara,bakarlah.Jikalau perbuatan mengutuk kedua-dua negara boleh mendamaikan terus kedua-dua negara,kutuklah.Saya puji perbuatan menghulurkan bantuan derma dan paling saya puji kepada sesiapa yang menghulurkan DOA yang seikhlasnya.Kepada Palestine,berdoalah supaya mereka bebas dari serangan Israel,dan kepada Israel,berdoalah agar mereka dilembutkan hati supaya menghentikan peperangan(sesungguhnya tiada senjata yang lebih hebat daripada DOA)

4 : Stering Lock
: Kiki telah menjadi buah mulut.Menghina Uncle Sim terutamanya pada bulan puasa menimbulkan kemarahan dan ketidaksengan rakyat terhadap perbuatan Kiki.Apatah lagi dengan merosakkan kereta uncle dengan stering lock beliau.

:Apa yang orang tidak nampak-Kiki telah menyesal dan telah membuat permohonan maaf berkali-kali.Kiki menyesal kerana perbuatannya telah menyebabkan beliau dicaci oleh masyarakat.Uncle Sim juga telah memaafkan Kiki kerana percaya setiap ajaran agama menuntut kita untuk saling memaafkan orang lain.Dengan isu ini juga,Uncle Sim telah menerima gelaran Man of The Year secara tidak langsung dan Kiki telah menerima banyak jemputan dari pihak radio pada tarikh hari ini.

5 : Sabah
: Isu penceroboh di negara Sabah mula mendapat perhatian.Ada yang prihatin dan ada yang belum prihatin.

:Apa yang orang tidak nampak-Banyak lagi yang tidak ambil kisah dengan apa yang terjadi di negeri Sabah.Ini bagi saya memang menyedihkan.Sama-sama kita berdoa untuk Sabah juga.

Sama-sama kita renungkan.Kadang-kadang kita yang menilai ini lebih teruk kerana kita mencaci orang tanpa asal usul.Mempertahankan sesuatu membuta tuli.Mata,telinga dan hati ditutupi.

Senang sahaja.Apabila terjadi sesuatu yang buruk,ingatlah bahawa itu adalah perancangan Tuhan yang terbaik untuk masa sekarang.Ganjaran untuk masa hadapan?Biar Tuhan tunjukkan pada masa hadapan.

Malu kalau kita ada agama tetapi tidak menunjukkan apa yang harus dituntut oleh agama.Semuanya akan berakhir dan bermula dengan kosong-kosong.


No comments:

Post a Comment