Komen Saya soal Palestine & Israel

Sunday, July 13, 2014

"ISRAEL PEMBUNUH"

"PALESTINE YANG KACAU ISRAEL DAHULU"

"SAYA SOKONG CHRISTIANO RONALDO SEBAB DIA TOLAK ISRAEL"

"BOIKOT BOIKOT BOIKOT BARANGAN ISRAEL"

"LIONEL MESSI SOKONG ISRAEL.BERHENTI SOKONG ARGENTINA"

Tak semua kenyataan di atas betul.Harap maklum.
.....................................................................................................

Populasi agama mengikut negara:

Israel : 78.1%(Jews)
2.3%(Kristian)
16%(Muslim)

Palestine : 83.54%(Muslim)
11.73%(Jews 11.09%,Baha'is and others 0.64%)
4.73%(Kristian)

Hasil maklumat yang saya peroleh dari Wikipedia.
...................................................................................................

PENDAPAT SAYA???

Ya.Saya memang orang Kristian.TETAPI adakah saya menyokong ISRAEL?
TIDAK.

So saya sokong PALESTINE?
Pun TIDAK.

So saya penyokong atas pagar?
Maaf.Itu pun saya TIDAK.

Apa yang saya selalu ingatkan dekat diri sendiri:
1 : Jangan cepat terpedaya apa yang dilihat.
2 : Jangan cepat percaya apa yang didengar.
3 : Jangan cepat terpengaruh apa yang disebarkan.
4 : Buatlah sesuatu yang benar-benar membawa kebaikan.
5 : Berhati-hatilah dalam setiap perbuatan dan perbicaraan.

So Fiona,awak rasa awaklah yang paling bijak dan pandai???
TIDAK.Melainkan awak yang anggap saya macam itu.

Saya tidak melihat apa-apa kebaikan sekalipun kalau dengan menyumpah sana sini,maki hamun sana sini sedangkan orang lain tengok kita dengan perwatakan yang baik.Saya baca artikel tengok sana sini,baca sejarah kedua-dua hal negara,saya diam.Saya tak boleh cakap siapa yang betul.

Sejarah negara saya sendiri saya masih kurang arif jangankan sejarah negara orang.Ada orang cakap WIKIPEDIA itu menipulah.Maklumat yang ini baru betul.Maklumat yang itu barulah betul.

Sekarang mana satu yang betul?

Kalau wikipedia menipu,yang edit dari wikipedia tu saya pun tak tahulah nak cakap apa.
Saya pun tak berapa rajin nak terjah wikipedia.

Senang cerita macam inilah.

Tidak kira siapa yang benar atau salah.
Tidak kira bangsa apa dan agama apa sekalipun.
Tidak kira kuasa besar mana sekalipun.
Tidak kira warna kulit dan perbezaan apa-apa sekalipun.
Saya,Fiona anak Maurice cuma mendoakan kedamaian.

Kerana saya percaya Tuhan itu penuh dengan cinta,kasih dan damai.

Yang buruk,jauhkanlah.
Yang benci,buangkanlah.

Saya bukan tidak kisah mana satu negara yang betul atau salah.
Kalau cakap "A" betul,pihak "B" akan lawan.
Kalau cakap "B" betul,pihak "A" akan lawan.

Negara C,D,E,F,G,H,I,J,K,L,M,N,O,P,Q,R,S,T,U,V,W,X,Y&Z pula akan menyokong mana-mana yang mereka nak sokong.

Saya undur diri dari semua abjad abjad di atas.
Saya bersuara bagi mewakili MANUSIA.

Tidak perlu glamour nak buat niat yang baik.
Tidak perlu berkuasa.
Malah tidak perlu ada duit.

Maka dengan ini,saya hadiahkan sekalung doa yang tidak akan pernah putus-putus agar sentiasalah damai bumi ini.

Tepuk dada tanya selera.
Buat apa yang patut untuk menghentikan permusuhan.

Why not start from now on we just SPREAD THE LOVE and STOP MOCKING AROUND.

Bagi yang kehilangan nyawa semasa pertempuran antara 2 negara,saya ucapkan takziah kepada keluarga walaupun ucapan saya tidak mungkin sampai kepada mereka.Semogalah damai roh-roh mereka dan dirahmati Tuhan.

Kita yang tinggal di muka bumi ini,ayuhlah.Hentikan menyemarakkan lagi sifat saling bermusuhan.

Saya bukan nak bunuh semangat awak semua untuk sokong belah mana.

Saya cuma nak bakar semangat awak semua untuk pilih benda yang betul dan elok.

Kita boleh fikir yang baik.Kita sama-sama fikir dan buat yang baik.

Apa yang saya faham,buatlah sesuatu yang baik.Kalau orang lain buat jahat,dermalah doa seikhlas-ikhlasnya.

I CHOOSE TO SPREAD LOVE AND PEACE.

HOW ABOUT YOU?

Muslims and Christians stand together in Palestine to protest. This is not the matter or religion, this is the matter of humanity! #Pray4Gaza (Gambar : Sabahan.FM)
#ThisIsWhatIMean



2 comments:

  1. Itu pendapat awak tak salah sbb awk mahukan kedamaian. Begitu juga kami orang Islam. Tapi apa yg berlaku kepada rakyat Palestine mmg sgt tgk ptut. Itu mmg negara asal mereka tp Israel yg merampasnya. Bila dah diberi muka mereka nak lg tanah. Dalam kitab Al-Quran sudah tercatat yg perkara ini akan terjadi. Cuma skrg orang Islam masih lg ada tak sedar kerana fikiran dah diracuni. Cuma orang Islam yg betul2 mengamalkan ajaran Islam akan sedar dan berhemah ttg perkara ni.

    Berkenaan dgn perang tu. Mereka telah mulakan dulu. Jadi adalah wajib bg orang Islam utk memerangi balik. Tp dlm berperang ada etika tertentu. Kami tidak boleh menyerang orang tua, kanak2, wanita, rumah ibadat, haiwan, tumbuhan.

    Apa yg sy cuba smpaikan disini, kami bukanlah orang yg suka berperang tanpa arah tujuan. Kami orang Islam pun cintakan kedamaian. Tp apa yg berlaku di Palestine adalah satu kekejaman terhadap masyarakat Palestine khususnya orang Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu juga yang saya cuba sampaikan.Palestine pun terdiri daripada penduduk Kristian,Jews dan majoritinya penduduk Muslim.Sekarang soal rampas itu ini saya tolak kebelakang Jia.Saya cuma nak kita semua ubah mindset.Saya sendiri pun kesian dengan Palestine.Saya pun kesian tengok penduduk dia mengalir darahnya di sana sini.Tipu kalau saya tak kesian.Cuma saya nak ubah mindset sahaja.Why not kita doa.Kita percaya tiada apapun yang kuat daripada kuasa sebuah doa.Kita doakan sahaja kedamaian.Kita tolong apa yang mampu.Kita beri bantuan.Doakan kedamaian bukan sahaja pada satu negara,Tetapi pada kedua-dua buah negara.Sekarang saya lihat ukan dari sudut agama.Sebab atas nilai kemanusiaan.Kalau betul Israel jahat,berdoalah agar mereka berubah.Berdoa jugalah kepada Palestine semoga tidak lagi diserang oleh Israel.Mustahil? Kita semua percaya tiada yang mustahil dalam doa ^^,

      Delete