'Ketuk-Ketuk Aidifitri'

Sunday, July 6, 2014


Join give away yang dianjurkan oleh D'nialicious Cake House (Kuala Terengganu) ni buat saya kelaparan pulak.Tengok-tengok gambar kek,kuih-muih dn pastri yang dia upload memang meleleh air liur.Rasa nak bertandang ke kedai ni pulak untuk open house.Haha.Boleh ke buat open house kat kedai? Tak pernah dibuat orang.Jom jom jom! Kita join sama-sama give away ni.

Ni antara hadiah yang ditawarkan:

Special price untuk warga Terengganu Kita!

1st prize : 2 kotak biskut dan 1 kek lapis( worth RM 70++!)
2nd prize : 1 kotak biskut dan 1 kek lapis(worth RM 40++!)

Negeri-negeri lain jangan risau!!


2 orang dari setiap negeri akan mendapat sekotak biskut raya dari stokis ketuk-ketuk aidilfitri yang bernilai sehingga RM30 setiap seorang.

Psst-psst..!kalau penyertaan memberangsangkan boss kata nak bg grand prize kepada pemenang bertuah.. sorang je tau 1 malaysia.. wowwww~ =)

P/s: Meh pakat join ramai-ramai biar pemenang bertuah dapat grandprice*doa-dooalah diri sendiri dapat grandprice :P

Ketuk-Ketuk Aidilfitri(KKA) merupakan satu program pertama di Malaysia yang diasaskan oleh Puan Siti Aisyah Bt Zulkifli Ramond yang merupakan seorang pengarah pemasaran dalam syarikat Farich Holdings Sdn. Bhd. Program ini merupakan hak milik dan diuruskan oleh Farich Holding Sdn. Bhd secara sepenuhnya. Program ini direka untuk memberi peluang niaga kepada setiap individu yang berminat menjadi usahawan terutama usahawan muslim.

KKA mengumpulkan pengeluar-pengeluar 'premium cookies' iaitu pengeluar biskut dan kek lapis terbaik dari seluruh Malaysia yang menggunakan bahan-bahan berkualiti dalam menghasilkan biskut mereka. Biskut-biskut dari seluruh malaysia ini dikumpul di HQ(Farich Holdings Sdn Bhd) untuk dijenamakan dibawah program KKA sebelum diedarkan kepada stokis-stokis di setiap negeri sebelum dijual kepada pelanggan. 

Produk KKA ini adalah 100% keluaran muslim dan mempunyai 20 produk iaitu 18 jenis biskut dan 2 jenis kek lapis kukus yang berkualiti dan beraneka rasa. Setiap jenis dihasilkan dengan bahan-bahan yang berkualiti yang berjenama seperti 'Butter Anchor'. Setiap kotak biskut mempunyai 36 keping hingga 60 keping biskut bergantung kepada jenis. 

Senarai jenis dan harga  biskut dan kek lapis boleh dilihat pada katalog dibawah;




Anda boleh dapatkan biskut raya "Premium Cookies Ketuk-Ketuk Aidilfitri' daripada stokis dan agen berhampiran anda.


**tempahan produk-produk KKA akan ditutup selepas minggu pertama puasa 2014**

**update terbaru senarai agen sila ke D'nialiciousBlog**



1 comment:

  1. singgah dari segmen yang sama

    http://eurukaseven.blogspot.com/2014/07/ketuk-ketuk-aidilfitri-giveaways.html

    ReplyDelete