Harus Tukar IC& Belajar Bahasa Mandarin?

Wednesday, July 23, 2014

Berapa bulan lepas,aku pegilah Maybank sebab nak buka akaun.Untuk pengetahuan kalian,ini adalah first time buka akaun selain daripada akaun BSN aku masa aku kecik dahulu.Mula-cula lelaki berbangsa Cina yang layan aku.Kemudian untuk proses terakhir,perempuan Cina pula layan aku.Aku berdirilah kat depan meja perempuan tu sebab aku malas nak duduk.Kemudian tengah dia syok-syok nak siapkan dokumen tu,dia pandanglah aku.Kemudian dia tanyalah ada pape dia boleh tolong,aku cakaplah aku tunggu dia nak siapkan dokumen aku tu.Kemudian dia tengoklah IC aku.Dia muka aku,dia tengok IC balik.Kemudian dia suruhlah aku duduk.Aku pun duduklah.Lepas dia habis sain this and that,itu dan ini,dia tengok balik IC aku.Lepastu dia tengok muka aku dekat lagi.Kemudian dia cakaplah:

"Miss,you can change your IC now.Your face changed a lot.Saya hampir tidak kenal."

Aku pun gelak kecik dan angguk-angguk.Lepas tu aku story lah dekat kakak aku,dia pun apa lagi.Gelak guling-guling.Lawak sangat ke muka aku dalam IC? Aku tengoklah balik and aku pun gelak..No wonderlah suruh tukar IC.Muka aku okay apa.Macho sikit dalam IC tu.No wonder-woman dan wonderpet betul.Memang macho aku kat dalam IC tu.Tu gambar aku masa Form3 kot.Hahaha~

Berapa hari lepas tu ayah bawalah aku pegi BSN.Sebab nak ambik duit akaun bersama aku dengan dia masa aku kecik-kecik dulu.Mas aku tengah comel lote~haha~apa kutuk-kutuk?Sekali sekala lah perasannn :P

Yang tu aku.Yang tepi tu abang aku.Aku dah cakap aku comel habis-habisan tak percaya.Taulah menyampah tengok.Tak payahlah kutuk :P

Okay.Sambung cerita tadi.Masa aku dengan ayah nak ambik duit tu,perempuan Iban dekat kaunter tu mintalah IC aku dan ayah aku.AKu bagilah.Lepas dia tengok gambar IC aku,dia senyum-senyum.Aku tau lah gambar aku dalam IC tu macho~Haha.Aku serius tak ambik hati pun.Dah aku sendiri rasa lawak,belum lagi orang lain kan? :P Tup tup tup..Urusan pun selesai.

Yang ini cerita masa aku interview(iv) untuk SPA untuk Nurse.Masa tu adalah seorang pak cik yang bekerja kat situ ditugaskan untuk cek fail kia orang.Sampai kat turn aku,dia tengoklah IC aku.Dia tengok muka aku balik,lepas tu dia cakaplah :

"Kitak tok kah? Macam sik cayak ajak.Jauh mena juak muka kitak berubah dik." Ko paham? *Angguk-angguk geleng-geleng??* Hahaha..Takpe..Aku translatekan~
"Ni awak ke? Tak percayalah.Jauh sangat awak dah berubah sekarang dik."

Aku gelaklah dengan kawan-kawanku.

Yang ini pula kisah lain.
Aku kadang-kadang malas kalau orang cakap Cina dengan aku.
Yang pertama memang disebabkan aku tak faham.Yang kedua sebab aku faham sikit-sikit.Yang ketiga sebab aku tak pandai nak jawab.Hahaha~Aku pernahlah belajar cakap Cina masa aku Form4.Daripada 25 orang pelajar,23 orang Cina dan 2 orang Iban.Dalam seminggu tu,wajib dorang ajar aku nyanyi lagu Cina.Seronok-seronok.Hahaha~Lepastu belajar cakap Cina sikit-sikit.Alang-alangkan dah satu kelas dengan dorang.Sambil menyelam minum air lah.Cuma satu aku menyesal,aku tak belajar macam mana cara dorang belajar.Haha..Yang ni memang aku menyesal habis.

3 hari lepas,aku nak bank in duit dalam akaun aku.Kemudian masa aku nak balik,ada sorang mak cik Cina ni panggil aku.Dia memang cakap Cina habis.Aku fahamlah juga dia cakap apa.Aku pergila kat dia.Lepastu tanpa aku cakap sepatah haram pun,dia cakaplah panjang lebar.Cakap Cina lagi tu~ Aiyooo~Wo Bu Ming Bai liaooo~Tak pahammm~Haha..Nasib baiklah aku boleh faham bahasa tangan dia.Rupa-rupanya kad tak boleh keluar.Aku cakaplah Malay dengan dia.Baru dia tau aku bukan Chinese :P Dia pun ucap terima kasih.Siap dia bukakan pintu untuk aku lagi.Xie xie auntie ^^,

Kadang-kadang kalau pergi beli barang,masa nak tengok-tengok barang selalulah dorang amoi-amoi tu cakap Chinese tanya nak beli apa.Sebab malas naj jawab,aku geleng-geleng kepala dan senyum.Kemudian cakap "Nak tengok saja~."

Kalau bayar dekat kaunter pun aku malas juga.Kadang-kadang dia sebut jumlah duit tu dalam Chinese.Aiyoo~Saya mana paham.Kalau paham pun aku terpaksa sebut satu dua tiga dalam Chinese kat kepala hotak aku je.Hahaha~

Sebab ni lah aku story kat korang.Aku rasa aku harus tukar IC cepat-cepat and belajar cakap Cina banyak lagi.Seronok juga kalau kita tahu bahasa orang lain :P.

Dan aku petang ni tukar IC.Sebab aku dngar abg aku nak tukar IC dia.Aku pun tukarlah.Moga cantikkk(Lah sangat) gambar aku kat IC kali ni.Tak mau dh dngar org kata muka lain sngat.Haha..Kalau lain smpai macam muka Taylor Swift takpe laaaa~

1 comment: