Elak Godaan Dalam Kelas

Saturday, July 19, 2014

Petang ni masa aku tengah tulis entri ni,serius aku tengah mamai giler.Ye.Mamai giler macam orang gila kat wad orang gila.Cakap pasal orang gila ni kan,aku teringatlah kisah yang pernah aku baca dulu.Tergelak-gelak aku baca.Siap berguling-guling lagi dekat lantai macam pelakon cerita hindustan berguling-guling dari gunung hingga gedebuk ke dalam sungai.Macam tu lah teruknya aku gelak masa tu.Nak tau cerita dia macam apa? Bacalah sikit.Kot-kot korang boleh gelak sama:

Ada dua orang gila sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi..


Orang gila 1 : (sambil berdiri diatas meja) kamu tahu tak?
Orang gila 2 : Tahu apa?

Orang gila 1 : Aku ni matahari (sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi) lihatlah terang dunia ini disebabkan aku !!
Orang gila 2 : (dalam hati) jangan-jangan gila dia ni bertambah, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa

sambil berlari orang gila 2 pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku

Orang gila 2 : Doktor, kawan saya mungkin bertambah gilanya.
Doktor : Kenapa?
Orang gila 2 : Benar doktor, dia naik di atas meja dia adalah matahari, dunia ini terang kerana dia
Doktor : Kalau begitu suruhlah kawan kamu turun
Orang gial 2 : Jangan doktor, nanti dia turun gelaplah dunia ni nanti
Doktor : ???????

Mau tak sakit perut aku gelak.Sekarang pun aku gelak kalau baca ni.Cuma takde lah sampai tahap berguling dari atas gunung Everest.

Oh ye..sedar tak sedar dah jauh tersasar kita dari tajuk entri.Baiklah.Kali ni aku nak share sikit tips elak godaan dalam kelas.Duduk dalam kelas ni memang banyak godaan.Kalau disenaraikan,memang tak berdaya lah nak taip.Takut-takut tak sempat ikut Krismas tahun depan aku nanti.Okay.Kembali ke topik asal.Ni untuk budak sekolah ye.Baca elok-elok.Budak tak sekolah pun kalau nak baca pun boleh~


Bercakap

Ini adalah godaan yang paling susah untuk dielak terutamanya kalau korang banyak cakap macam aku.Aku kalau pagi-pagi masuk kelas aku terus melalak.Aku terus sharing story mory.Aku budak lelaki perempuan semua aku geng.Jarang korang tengok aku datang kelas senyap.Kalau aku datang kelas,aku terus cakap :"sapa order nasi lemak?mee goreng?karipap?".Haha..Sebenarnya aku tak jual kueh pun.Tetapi sebab kia orang selalu singgah tepi jalan otw ke sekolah,kita orang selalulah beli kueh dan makanan dengan mak cik ni.Sedap habis woo~Kawan-kawan apa lagi,order sama-sama lah.Setiap hari tu aku mesti ambik 10 order ke atas.Murah rezeki mak cik tu.Kalau aku jahat,aku charge harga makanan tu dekat geng.Mak cik juak satu hinggit,aku jual 3 hinggit~Biar padan muka dorang.Hahaha.Tak de lah.Tak baik tau.Cara nak elakkan bercakap dalam kelas,senang je.Bawalah sellotape.Cari kawan yang selalu ajak korang bercakap.Sellotape lah mulut dorang.Jangan sellotape orang lain je.Kau sendiri pun kena juga.Kalau boleh suruh Cikgu yang sellotapekan.Baru adil.Haha~

Kalau boleh sellotape macam muka mamat kat ata.Bhahahaha~

Makan

Yang ini pun~Hmmm~Sangat-sangat tidak boleh dielakkan.Terutamanya kepada supplier makanan macam saya.Hahaha~Kadang-kadang seorang je buat sampai 3 order.Satu untuk breakfast dalam kelas,satu lagi untuk makan masa cikgu mengajar dan satu lagi untuk masa rehat.Gila kau masa sekolah~Haha..Jangan heran kenapa au comel,besar dan GEM...gembira macam ni.Hahaha~Duit tak habis ke mana pun.Habis untuk makannnn je.Belum lagi rehat.Nanti teringin nak beli lauk yang mak cik kantin masaklah.Nafsu rakus tahap cipan betul.Hahaha~Kalau tak habis makan jangan risau.Banyak kawan-kawan yang sudi habiskan.Indahnya zaman sekolah~Haha..Cara nak elakkan? Senang.Kalau korang dengar ada member buka makanan dia,atau ternampak dia tengah nak menyuap,report je kat cikgu.Terus report.Jangan takut.Esok lusa kau pulak dia buat macam tu.Hahaaha~Kejam tak???Jangan pulak kau ugut kawan kau "kalau kau tak bagi aku sikit,aku report kat cikgu kang.".Yang ini jangan.Hahaha~Kecik-kecik pandai mengugut orang~Haha..

Tidur
Haaa~Yang ini.Hahahaha~Yang ini aku tak pernah buat dalam kelas.Pelik tak pelik tak? Antara alasan aku tak pernah tidur dalam kelas(kalau cikgu mengajar) sebab aku tak pandai curi-curi tidur.Kedua aku takut cikgu marah aku tidur.Ketiga aku takut nanti aku berjaya menghasilkan peta-peta Malaysia tanpa aku sedar.Ye la.Awal pagi dah bawa muka elok-elok pegi kelas,sekali tidur,muka macam air liur basi.Siaplah kau kena ejek dengan satu kelas.Teringat member aku dulu,dia budak kelas lain.Dia nak tidur.So dia susunlah buku tinggi-tinggi kat meja dia.Sekali tu..Gedebuk! Habis meja dia jatuh.Hahahahahaha!!!Cikgu tanya dia kenapa,dia cakaplah kena langgar dengan kereta.Kantoi habis~Haha..Cara nak elakkan tidur dalam kelas? Bawa buah limau kasturi banyak-banyak.Kalau rasa nak ngantuk,jangan makan limau tu.Jangan.Tetapi picitlah satu biji limau itu ke matamu.Maka akan terasa teranglah dunia~Hahaha..Yang ini saya rekomen untuk try.Jangan tidak~

Banyak lagi sebenarnya aku nak tulis.Cara nak elak bawa fon pegi sekolah,dating dalam kelas,kacau kawan tengah study tetapi disebabkan masa mencemburui aku dan menyuruh aku untuk makan,so malaslah nak cerita kat sini lagi.Nanti aku buat #Part2 pulak.Hahaha~Angan-angan lebih.Ingat macam buat drama bersiri ke???

P/s : Rindukan zaman sekolah? Rindu kawan-kawan terutamanya.Haihh~Ingat dik,kalau masih sekolah belajar elok-elok.Iklan ini tidak ditaja.Akak pun tak taja.Iklan ni datang dari unta padang pasir~


No comments:

Post a Comment