Dunia Memerhatikan Anda

Wednesday, July 16, 2014


Dengar tajuk entri ada rasa macam tengah diintip Spy tak? *OST Pink Panther* Siap ambik baju kot untuk lelaki dan yang perempuan pakai baju kulit kaler hitam.Pakai but warna kuning(Jadi macam pelawak Pua Chu Kang pulak).Ehh~Merepek selalu.Dah ternganga dah muka yang baca ni.Rasa menyampah dorang.Macam tu kawan? Mana boleh menyampah~ :P Ehh..Kita kawan ke?Kawanlah ho? :P

Dah dah..Back to our main topic..Aku nak guna kepakaran aku kali ni.Tengok gambar kat atas pun dah tau kan nak bincang pasal apa? Hehe..Kita tolak kebelakang dulu lah kisah akak mengamuk*amukan si dara kata orang*.Amuk tak amuk..Entahlah..Nak baca lagi? Umm~Tak mudah mengalah korang ni.Walaupun saya banyak merepek nak juga baca~Okay okay.Kesian tengok muka tu macam muka budak kecik minta simpati.

Hati-hati bila MARAH!!!
Yup yup..Banyak orang yang tak boleh kawal sifat marah bila dalam keadaan hormon-hormon yang tidak seimbang terutamanya bila cuaca panas terik seperti panasnya cintamu padaku~Bila marah kalau boleh tarik nafas dalam-dalam.Kalau rasa bila buka mulut lepas itu akan keluar kata-kata kesat,silalah DIAM dahulu.Ini memang berkesan.Saya selalu buat macam ini kalau marah.Takut pulak kalau marah nanti jadi Hulk.Hulk lagi okaylah.Kalau jadi Princess Fiona dalam cerita Shrek tu macam mana?? Kau nak geng dengan aku? Yerrr~Yang cakap nak tu nak saya puji awak kawan tak kisah paras rupalah(nah~coki-coki satu untuk awak..hehe).

Kamera/Video Camera/Gadget lain dimana-mana
Inilah paling bahaya.Jangan sebab benda kecil,benda boleh bawa bincang tapi bila kita jadi agresif,tengking sana sini,kita pula kena makin hamun dengan satu dunia.Siapa yang tak stress kalau kena maki hamun sana sini.Muka keluar news.Masuk berita(kalau masuk AF jadi penyanyi tak pe juga).Sekali dah masuk gadget-gadget dorang ni,automatik kau masuk youtube,facebook dan juga rakan-rakan seperjuangan laman sosial yang lain.Kalau trending sebab benda bagus tak pe juga.Kalau trending sebab buat benda tak elok,lemah kepala lutut.

Ehh jahh~Video kau kat FB lah~
Ini petanda bahaya kauuuu~Tak boleh tak boleh.Lainlah kalau macam Bobo.Goyang kepala sana sini,buat goyang dia sikit-sikit terus glamour.Yang macam Bobo tak kacau orang pun kena kutuk.Apalagi kalau video kita tengah marah orang lagilah orang kutuk.Banyak dan kes macam ni.Teringat pulak kisah isteri pemain bola sepak marah pak cik guard.Jangan ambik mudah.Sebab internet memang sesuatu yang boleh menyebabkan kita stress bila sampai kemuncaknya.Bila dah sampai kemuncaknya,kalah bendera malaysia yang berkibar di Gunung Everest.Lebih hebat dari tu stress yang bakal kita rasa.

Perbuatan kita diPARODIkan~
Yang ini~Ummm~Yang ini sebenarnya juga mengukur tahap kreativiti orang kita.Tipulah kalau tak senyum-senyum tengok parodi.Macam-macam parodi kita dah tengok.Parodi budak baru umur setahun jagung bercinta buat ikrar janji setialah.Parodi Ombak Rindulah(Layan wooo~Haha)..Kalau Parodi benda bagus tak pe lah.Parodi perbuatan kita sebab kecuaian dan ketidakmatangan kita sendiri macam mana? *_*

Kesimpulannya~
Kesimpulannya,berhati-hatilah dengan pertuturan dan perbuatan.Sekali kita salah tingkah laku dan salah tutur kata,dunia akan menghakimi kita.Kalau korang punya perasaan kebal dan kuat tak pe lah.Jangan nanti stress sampai tahap Gorila tampar dada.

No comments:

Post a Comment