Bulan Puasa di sekolah-Rindu pulak~Alahai...

Thursday, July 3, 2014


Bulan puasa ni teringat pula kat sekolah.

Kalau kat sekolah,kita orang yang bukan Muslim ni,botol air letak bawah meja.

Nak minum pergi belakang.

Haha...

Ye lah.Agak-agaklah nak minum depan kawan yang Muslim kan.

Walaupun dorang tak kisah,kita ni pulak rasa macam tak sedap.

Rasa biadap pulak.

Haha...

Kalau beli makanan,masa tu loceng dah dibunyikan then bawa makanan pergi dalam kelas(sekolah saya waktu rehat tak boleh rehat di dalam kelas ye.Kena keluar dan cuma pengawa sahaja yang boleh meronda di setiap blok),masa inilah memang berusaha sedaya upaya makan cepat-cepat kat dalam kelas takut kawan yang Muslim terhidu pulak bau makanan.

Hahaha...

Paling tak seronoknya waktu rehat kalau kita tengah duduk berkumpul nak makan,tiba-tiba pulak datang geng-geng kawan Muslim nak lepak sama memang perghhhhlah.Haha..

Maksudnya memang malu-malu kucing gitu nak menyuap.Menyorok menyuap mcam kita sedang sembunyi makan depan cikgu semasa sesi pembelajaran dijalankan.

Haha..

Semua tinggal kenangan.

Haihh~

Rindu pulak dengan sekolah.

Apa-apa pun,

semoga Bulan Ramadhan kawan-kawan yang Muslim berjalan lancar ye.

Selamat menjalankan ibadah puasa.

Semoga Tuhan memberkati.

No comments:

Post a Comment