Bila Nak Kahwin?

Sunday, July 27, 2014

Amboi~Umur aku baru 20 dah tanya bila nak kahwin? Haha~menggeletar lutut aku bila ditanya soalan macam ni.Seram sejuk dibuatnya.Meremang segala bulu di badan termasuklah bulu telinga~Tik tok tik tok.Tak terasa dah nak 20 dah umur tahun ni.Masih 19 ni tau.Belum sah lagi 20.Masih young,wild and free katanyaaa jahh~

Dah makin dewasa ni dah rama dah rakan-rakan yang sebaya dah kahwin.Ada yang dah ada anak satu.Ada yang dah ada anak dua.Eh~Umur muda dah ada anak dua? Ye.Sebab ada yang kahwin selepas SPM.Tak pe.Betterlah kahwin daripada muda-muda ni banyak buat maksiat.Setakat ni ramai kawan-kawan yang dah bahagia saya tengok.Tak ada lagi yang gaduh besar macam orang gaduh kat WWE tu.Tak de lagi.

Seronok tengok dorang awal-awal lagi dah ada anak.Besar tanggungjawab dorang tu.Muda-muda lagi dah ada tanggungan yang besar.Kita ni seronok je tengok,dorang yang menanggung tu je tau macam mana rasanya.Tak salah kahwin muda ni.

Tapi kalau macam saya,saya lebih memilih untuk belajar dulu.Nak bekerja lagi.Nak rasa macam mana alam dewasa tanpa ada tanggungjawab dulu.Hehe.Bukan tak nak kahwin awal.Tapi tak naklah cakap besar.Mana tau kot-kot esok lusa aku kahwin macam mana? Terbeliak mata aku.Baru padan muka sendiri.

Kalau dah jodohnya tu dan memang takdir kahwin awal,saya tak tolak.Memang semua orang tak sedia nak terima tanggungjawab besar.Masa kita alami sendiri barulah kita belajar macam mana nak bertanggungjawab pada diri sendiri dan keluarga.

Gambar dengan kawan aku masa dia kahwin.Bulan 5 hari tu.Aku yang kat tepi rasa macam gagak ambil gambar dengan enggang.Haha.Cantik orangnya.Cantik sangat.Dah macam tengok artis pulak tengok dia.Semoga berbahagia Christine Markin Rober dan anak buah saya,Andrian Jackson Seribu.Dahulu Christine ni kawan sekarang dh jadi menantu pulak~ :P

No comments:

Post a Comment