Beraya di Atas Jalan,Feri,Tempat Orang & Cuaca Teruk

Tuesday, July 29, 2014

Nampak tajuk entri memang macam teruk sangat kan semalam? Dari pukul 9 a.m sampailah pukul 2 p.m kat atas jalan raya.Kemudian perjalanan di sambung kat atas feri.Aduhh~Dengan cuaca yang memang tak bagus.Jerebu teruk dan bacaan jerebu adalah paling tinggi di kawasan Sibu.Perjalanan dari Sibu ke Mukah yang mengambil masa 2jam dan bersamaan dengan 4jam ulang alik memang meletihkan.Punggung gua pun terasa sakit sudah.

Pagi bertolak dari kampung.Dah nampak dah jerebu dari kampung.Kemudian kira 45minit-1jam sampai di bandar Sibu bandar kesayangan gua~Hehe..Berhenti kat rumah di bandar dan bagi buah rambutan yang dibawa dari kampung kat kakak(rumah kat bandar tu kakak yang duduk).Kemudian perjalanan diteruskan ke tempat hostel kakak seorang lagi.Hantar buah rambutan lagi kemudian terus cari tempat makan.

Makan dahulu sebab takut tak sempat makan sewaktu perjalanan ke Mukah.Gua dan adik-beradik gua order nasi ayam salad.Mak order mee Tom Yam.Dan ayah order Steamed Chicken Rice.Lepas habis makan,pergi ke Terminal Express ambik kawan ayah yang sampai pukul 12 p.m.Lepas ambik kawan ayah,terus bertolak pergi Everwin Sungei Merah Supermarket.Tunggu dorang beli barang hampir sejam.Hah~Ambik kau~Orang lelaki pilih barang dapur sampai sejam.Dengan tempat duduk yang menyakitkan dan kita 4 orang duduk kat Hilux memang menyeksakan -_- Belum lagi bertolak ke Mukah dan sakit punggung gua.

Kemudian bertolaklah ke Mukah.Jalan yang pada permulaannya okay kemudian semakin teruk.Dalam kereta rasa macam kena baling.Ayah guna speed laju biar cepat sampai.Bahang kehangatan dari Sibu masih terasa.Nampaknya jerebu makin teruk.Excited sangat sebab tak pernah pergi Mukah guna jalan yang ini.Selalunya guna jalan lain.Jalan darat terus.Tapi kali ni terpaksa naik feri.Excited okay~

Sampai kat feri...Apa lagi.Kita orang adik-beradik terus keluar.Haha.Dahulu kawasan kampung pernah guna feri ni.Tapi sekarang tak ada dah sebab guna jalan darat je kalau nak pergi ke pekan Kanowit.Nampak sangat kesakaian kita orang adik-beradik.Haha.Macam pelancong gituu~

Jeng jeng jeng~Feri tengah bergerak ni~

Oh yeahh~Primrose XVIII bebehh~ :P

Yang ini bapak guaa~


Lepas naik feri kira 15-20 minit,akhirnya sampai juga kat kawasan Kampung Saai.Tengok kambing kat tepi-tepi jalan.Hehe.Seronok.Lepastu sampai juga kat tempat Janakuasa Eletrik di sini.Dengan menggunakan jambatan kayu.Wahh~Excited!Haha.Sebab kawasan kampung saya tak macam ni.Apa lagi,ambik gambar lagi lah jawabnya~

Yang tengah tu mak gua~Wuu~Belakang tu ada sungai.Tepi-tepi memang pokok kayu je.

Kat belakang jambatan kita orang bergambar tadi ada tangga.Ni hanya lakonan semata-mata.Gua tak turun bawah pun.Tanah nya tengah becak.Baru je habis hujan masa sampai kat sini.

Belakang tu lah tempat bapak gua selalu kerja kalau dia travelling pergi sini.

Lepas habis tengok kawasan ni,kita orang pergilah kat rumah pak cik Ibrahim.Dia yang handle generator kawasan kampung ni tau.Nak ambik gambar,tapi tak ingat nak ambik gambar sebab asyik makan je.Haha..

Setakat ni sajalah pengalaman hari pertama gua.Ehh~Pasal apa tak pakai baju kurung? Sebab tak sangka pun nak pergi rumah pak cik Ibrahim T.T Kalau tak~Dah pakai dah baju kurung tuu.

No comments:

Post a Comment