Setiap Orang Ada Masalah:Ini salah,Itu salah.

Tuesday, June 10, 2014

Setiap orang punya masalah  ...

Yang cantik kalau peramah dianggap gatal.
Kalau sombong dianggap kurang ajar.

Yang tak cantik kalau bermake-up dianggap perasan.
Kalau tak bermake-up muka dianggap macam haiwan.

Yang handsome kalau baik hati ada yang cemburu.
Kalau buat jahat dianggap muka hensem perangai setan nombor satu.

Yang tak handsome kalau rajin dianggap minta puji.
Kalau tak rajin dihina dah lah pemalas muka macam bontot kuali.

Yang tinggi kalau berjalan angin kencang macam nak tumbang.
Kalau tak berjalan takkan nak terbang macam kumbang.

Yang pendek kalau mereka lihat kata kurang kalsium.
Kalau nak tau cuma tingginya yang itulah yang maksimum.

Yang gemok kalau bersenam dia diejek.
Kalau tak bersenam diakata no wonder size besar muka bertempek.

Yang kurus kalau makan banyak dikata dalam perut banyak cacing.
Kalau makan sikit dikata banyak no wonder lah kurus kering.

Yang kesemuanya diatas,
Kalau manusia tak suka menghina,
Kalau manusia tak suka mengadili,
Kalau manusia tak suka mengutuk,
Maka tak wujudlah yang diatas.

Tepuk dada tanya selera.

No comments:

Post a Comment