Pengalaman Temuduga Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama UPM

Wednesday, June 18, 2014

Pengalaman Temuduga Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama ( UPM).

18-06-2014 : Kali ini nak share-share dan story mory sikit pasal pengalaman temuduga Bahasa Melayu untuk Universiti Putra Malaysia (UPM). Semoga boleh membantu sahabat-sahabat dan adik-adik yang lain yang bakal menduduki temuduga selepas ini.

Bertolak dari Kanowit lebih kurang pukul 6:30 a.m . Kemudian tiba di pusat temuduga iaitu di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu(UPMKB) pada pukul 10:43 a.m . Ye.Mengambil masa lebih kurang 4 jam macam tu. Kena bertolak awak-awal sebab nak tengok UPMKB dulu. Nak survey-survey :P Nak tengok kat mana tempat temuduga takut tersilap. Sepatutnya saya akan ditemuduga pada pukul 2:00 p.m . Tapi ayah bawa pergi tengok UPMKB dulu takut nanti tersesat pula.


Sampai kat Bintulu terus SELFIE sebab takut nanti tak sempat nak selfie sebab kecut perut :P

Makan tengah hari dekat McD, kemudian balik lagi pergi ke UPMKB.Tunggu sampai jam pukul 2:00 p.m. Syukur jumpa sahabat baru yang ramah tamah ibarat sedang meraikan majlis ramah tamah.Takut woo~ Muka semua ketat-ketat. Terutamanya saya. Kalau bab temuduga ni memang sayalah yang SANGAT BERANI~ Kemudian nama kami dipanggil mengikut susunan temuduga nanti.Syukur sangat dapat jadi orang yang kedua yang bakal ditemuduga. Lagi awal habis, lagi cepat rileks dan lagi cepat balik.

Tunggu kawan yang pertama habis ditemuduga, amboi~ Bukan main lama. Peserta bilik sebelah dah dua orang dah lepas tapi dia belum keluar lagi. Mana tak tambah kecut perut. Kemudian dia keluar dan terus cerita panel yang seorang tu serius sangat. Dia hentam habis-habis kawan yang sorang tu. Syok-syok dengar dia bercerita, kat dalam hati ni tak habis-habis berdoa biar segala urusan dipermudahkan. Tak lama kemudia nama saya dipanggil.

Tok! Tok! Tok!
"Selamat petang encik(dua2 panel tersebut adalah lelaki)."

Kemudian saya serahkan fail dekat dorang dan dipersilakan duduk di kerusi yang disediakan.

Baru je dah habis duduk dia suruh perkenalkan diri(cakap dalam English).Tapi saya cakap dalam BM,kemudian dia suruh cakap dalam English.Sya perkenalkanlah diri saya seperti berikut:

1: Nama , bekas pelajar dari sekolah mana , keputusan STPM & pointer , hobi , jawatan yang disandang semasa di sekolah & penglibatan saya semasa di sekolah.

Saya semasa berada di sekolah sangat aktif dalam bidang perbahasan(terutamanya),pidato,forum,bola jaring dan juga hoki(terima kasih kepada semua guru-guru yang menjadikan saya pelajar yang aktif di luar kelas).

Kemudian,dipendekkan cerita,ini antara soalan yang ditanya dan jawapan yang saya bagi:

2: Apa nama program yang awak minta di UPM?
= Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama(Ini wajib ingat.Kalau tak nanti kena sindir macam saya pulak sebab saya salah jawab masa awal-awal dia tanya saya.Hehe).

3: Dalam bidang perbahasan,apakah percapaian tertinggi awak?
= Saya pernah sampai ke peringkat kebangsaan.

4: Wakil Sarawak? Betanding di mana je?
= Saya mula menceburi perbahasan(Bahas Bahasa Melayu Ala Perlimen) semasa berada di Tingkatan 1.
   Semasa di Tingkatan 1, saya mewakili negeri Sarawak di Melaka.Semasa di Tingkatan 2 pula pertandingan dijalankan di Sabah dan Tingkatan 3 mewakili Sarawak di Kelantan. Semasa berada di Tingkatan 4, sekolah saya terkandas dalam peringkat negeri. Semasa berada di Tingkatan 5 pula saya tidak menyertai perbahasan lagi disebabkan saya berpindah ke sekolah lain.

5: Awak tak ingat nama pengajian yang awak minta awal-awal tadi.Entah-entah awak main hentam je masa pilih.Apa maksud UPM sebenarnya?
= Universiti Putra Malaysia.

6: Kenapa awak berminat untuk belajar di UPM?
= Salah satu faktor saya ingin belajar disini adalah disebabkan UPM merupakan antara satu Unversiti Penyelidikan(Research University/RU) . Ini bermakna universiti ini merupakan universiti awam yang telah diiktiraf terutamanya untuk melakukan penyelidikan dan pendidikan(hentam saja ayat sebab ingat-ingat lupa). Dan ini bermakna UPM mempunyai pensyarah yang berkualiti disebabkan pensyarah yang berkualiti merupakan salah satu ciri-ciri yang diperlukan bagi sesebuah U untuk diiktirah sebagai RU.Menurut bacaan saya dari sebuah blog kelab BM di UPM, UPM merupakan institusi terawal yang menawarkan program pendidikan BM.

7: Apa yang awak akan belajar semasa di UPM?
= Maaf saya tidak tahu(Lepas tu dia cakaplah sekurang-kurangnya kena tahu.Nanti awak akan belajar buat sajak,bersyair dan macam-macam lagi).*saya angguk-angguk je :) Hehe~

8: Awak boleh bersyair? Sajak? Bahas? Pidato? Pantun? Sebab nak belajar dalam pengajian ini kena tahu semua tu.
= Boleh.Saya pernah terlibat dengan semua itu semasa di sekolah.

9: Saya tak nak dengar awak cakap je.Kalau boleh buktikan.Pilih mana-mana yang awak suka.
= Kalau macam itu saya pilih untuk berbahasa(Saya tunjuk sikit apa yang saya masih hafal..hehe..nasib baik boleh ingat sikit).

10: Awak boleh bersyair?
= Boleh lah jugak.

11: Mana boleh cakap macam tu. Kalau tak boleh cakap tak boleh.Kalau boleh terus saja bersyair.
= Tapi saya takde skrip encik.
"Kenalah spontan.Nak jadi guru bahasa kena pandai spontan semua tu".
"Okay.Saya cuba."
*Saya terus bersyair sambil penemuduga memejamkan mata.Mungking dia nak dengar betul ke tak intonasi saya kot.Saya main bedal je buat ayat.Boleh tu memang boleh cuma kurang gramatis lah.Heheh*

12: Okay.Awak asal mana? Orang Iban kan? Duduk kat rumah panjang ke?
= Saya berasal dari Nanga Tada,Kanowit.Ye encik.Saya berbangsa Iban.Saya tak duduk kat rumah panjang.Pakai alamat rumah panjang,tapi dududk rumah sendiri.umah sebuah.

13: Sekolah rendah awak kat mana? Sekolah menengah kat mana?
= Saya bersekolah rendah di SK Nanga Tada kemudian semasa di sekolah menengah saya belajar di SMK Rosli Dhoby dari Tingkata 1 hingga Tingkatan 4.

14: Kenapa nama sekolah awak SMK Rosli Dhoby? Apa yang istimewa sangat Rosli Dhoby tu? Apa pengorbanan dia dan makna dia untuk sekolah awak?
= Selepas kematian Rosli Dhoby, nama sekolah saya diambil sempena dengan nama beliau. Beliau merupakan salah seorang pahlawan yang terkenal di Sarawak terutamanya di Sibu.Beliau telah membunuh Sir Duncan Stewart semasa lawatannya ke Sibu untuk membebaskan Sarawak dari cengkaman penjajah.Kemudian beliau telah dihukum gantung sehingga mati bersama dengan rakan-rakannya yang lain.Sebab itu pengorbanan beliau harus diingati dan membawa erti yang sangat besar.

Dengan soalan-soalan yang tak henti,maka tamatlah sesi temuduga saya.Pada awalnya panel agak garan kemudian bila dah nak habis iv, kami sempat ketawa sekejap.Akhir sekali saya test untuk ujian warna.Ucap terima kasih dan keluar.Sampai kat luar terus pot pet pot pet dengan kawan-kawan yang tunggu akt luar.Kongsi-kongsi soalan yang ditanya.Then terus chow ke Kanowit :)

# Saya harap entri kali ini boleh membantu sahabat-sahabat yang lain yang bakal ditemuduga. Doa tu kena banyak sikit. Mudah-mudahan impian nak jadi cikgu BM tercapai. Diharapkan boleh membantu. :)

14 comments:

  1. hebat2 soalannya...all the best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mau tak hebat Syira T.T Dia bagi soalan macam peluru berpandu. Haha.. Awak juga tau! All the best ^^,

      Delete
  2. enda kijappps ke d mata td no ! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ka ku ngijap ke mata.Tang enggai ke nda dterima iya gik gak..muahahahaha~

      Delete
  3. Replies
    1. Eyja,bab syair spontan tu tak boleh blah tu.Dh lh dia dngar smbil pejam mata.haha..Intonasi pulak ada sumbang mambang sikit.Adoii~

      Delete
  4. wahhhhhhhhh...Goodluck..AB pon kat UPM jugak..kalau Fiona dpt masuk nanti kita satu fakulti la ye =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. +Aksara Biru : Doakan saya mudah-mudahan ada rezeki kat sana^^, Hehe..Nervous juga ni....

      Delete
  5. admin sekarang dah sambung diamana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg sya brada di UNIMAS . Ambik course International Relations :)

      Delete
  6. Dulu masa stpm cgpa keseluruhan admin berapa ya ? Boleh tanya ?

    ReplyDelete
  7. Hai admin.. Nak tanya, dulu masa admin apply upu.. Admin letak kos pendidikan UPM ini di pilihan ke berapa ?

    ReplyDelete
  8. Wahh.. Bestnya 😍 Kos ni sis letak pada pilihan ke berapa ?

    ReplyDelete