Era Manusia Kekurangan Kasih Sayang?

Friday, June 27, 2014


Renungan Bersama :)




Buat baik kena kutuk.Buat jahat lagilah kena kutuk.Buat itu orang pun kutuk.Buat ini pun kena kutuk jugak?Tak buat apa-apa pun kena kutuk.

Kenapa mungutuk? Benci tengok kehidupan orang lain?Tak suka tengok orang lain.Inilah penyakit 'Kurang Kasih Sayang'.Apa orang buat semua nak kutuk.

Saya tak hairan kenapa dalam Bible Tuhan sangat tekankan umatnya supaya sentiasa menyayangi dan memaafkan antara satu sama lain.Saya ambil petikan dari Bible : 
1 Corinthians 13:13 But now faith, hope, love, abide these three; but the greatest of these is love .



Kenapa mesti LOVE? Dan Kenapa bukan FAITH & HOPE ?

Kita renungkan:
Mempunyai iman yang kuat memang tidak salah.Mempunya harapan tinggi juga tidak salah.Menyayangi orang lain juga tidak salah.

Warak sekalipun kita dalam agama,jangan jadikan itu sebagai jalan untuk kita MENILAI orang lain.Seelok-eloknya tegurlah jika orang lain berbuat silap.Menegur pula biarlah bersopan.Menegur secara terang-terangan itu memalukan orang,tetapi jika betul niat kita hendak menegur orang lain,tegurlah di antara kamu dan dia.Memestinynilai orang lain itu biar Tuhan yang lakukan.Apa yang kita lakukan tak sea selalu betul dan apa yang orang lain buat tak semestinya selalu salah.Jangan sampai sifat warak menjadikan kita RIAK.

Tuhan itu lebih mengetahui apa yang terjadi pada masa depan.Tak guna juga kalau jadi manusia yang kuat imannya tetapi akhirnya menjadikan kita seorang yang Riak dan sentiasa menghakimi orang lain sebab kita rasa iman kita lebih tinggi dari orang lain.Akhirnya,semua amalam yang kita lakukan menjadi tidak berkat.Iman yang tinggi kalau kita suka JUDGE orang dan sentiasa rasa diri sendiri bagus/betul pun tak guna juga kan??



Apabila kita menjadi seseorang yang penyayang,kita akan menyayangi pencipta kita sendiri,orang lain tidak kira mereka seagama ataupun tidak dan juga menyayangi musuh kita.Dengan adanya perasaan kasih,kita lebih senang untuk menjadi seorang yang pemaaf.Dengan mempunyai perasaan Kasih terhadap Tuhan,secara tidak langsung akan menjadikan kita orang yang Beriman dan sentiasa mempunyai Pengharapan kepada Tuhan.Hallelujah! 

Kalau zaman sekarang,Cemburu dianggap Sayang.Marah dianggap SAYANG.Ini sangat berbeza dengan apa yang terdapat di dalam Bible. 1 Corinthians 13:4 : Love is patient, love is kind and is not jealous; love does not brag and is not arrogant. 


So,tepuk dada tanya selera.Jadikan diri kita seorang yang penyayang.

#SpreadTheLove 



No comments:

Post a Comment