PERTANDINGAN BLOGKU TERBAIK! BERSAMA TEAOAIS.COM

Thursday, May 29, 2014


PERTANDINGAN BLOGKU TERBAIK! BERSAMA TEAOAIS.COM

Hai semua :)


Hari ni sama-sama kita keluarkan aura positif.


Senyum tak perlu kata apa-apa.


Anda blogger lama? Veteran katanya~ Hehe...

Ataupun anda blogger baru macam saya? ;)


Umm~Takpe takpe.Jom sama-sama kita meriahkan 



PERTANDINGAN BLOGKU TERBAIK! BERSAMA TEAOAIS.COM









Nama saya Fiona Anak Maurice.

Keluarga dan kawan-kawan selalu panggil Nano.

A'aa~Macam nama sweets yang tak berapa nak sweet tu.Nano~Nano~Nano~Nano~Masam manis~

Haha~

Tarikh lahir pada 3 Oktober 1994.Sekarang orangnya berumur 20 tahun.

Berat itu rahsia dan tinggi itu juga rahsia.

Kanapa rahsia? Sebab mempunyai berat yang montel dan ketinggian yang comel :P

Mula menulis di blog semasa berumur 19 tahun.

Bukan merupakan seorang blogger yang aktif TETAPI sedang mencuba untuk menjadi penulis yang aktif dalam alam maya.

Merupakan seorang pelajar lepasan STPM.

Anak ke-4 daripada 6 orang adik-beradik dan walaupun bukan anak bongsu tetapi sifat kemanjaan itu saya yang punya sehingga mengalahkan adik perempuan yang paling bongsu.

Seorang yang sangat suka bercakap,mesra dan cepat bergaul dengan orang lain,FAIL dalam bab marah(haha) dan mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang guru/pensyarah,kaunselor atau ahli politik.

Banyak menghabiskan masa di depan laptop untuk mengikuti perkembangan terkini,aktif di Facebook dan sekrang mencuba untuk aktif di Blogger.




Kenapa saya ingin menyertai pertandingan ini?

Umm~Walaupun baru sahaja ingin bergiat aktif dalam bidang ini,pertandingan ini telah menjadi pembakar semangat saya untuk meluaskan lagi bidang penulisan saya.Kekangan-kekangan sebelum ini seperti tiada sumber internet dan masa tidak lagi menjadi penghalang.

Sementara menunggu untuk mendapat tawaran untuk menlanjutkan pengajian di mana-mana instiutsi pengajian tinggi,saya banyak menghabiskan masa untuk melayari internet.Disinilah terdetik di dalam fikiran saya untuk menjadi seorang blogger :)




Kalau dibandingkan dengan blggoer lain,saya terasa amat rendah diri kerana saya orang baru dan pendedahan serta pengalaman saya dalam bidang ini belum mencukupi.

Namun ini tidak mematahkan semagat saya.

Mengikuti pertandingan ini bukanlah kerana saya ingin memenangi hadiah yang ditawarkan.

Saya menganggap pertandingan ini sebagai satu platform atau batu loncatan untuk saya memajukan diri dalam bidang ini.




Sekiranya anda melayari blog saya di fionamauricefaith.blogspot.com , anda boleh lihat apa yang saya kongsikan adalah kebanyakannya adalah dari pengalaman saya.Saya juga turut berkongsi maklumat-maklumat yang menarik.

Blog saya merupakan satu blog yang santai.Jika anda lihat,saya blog saya,anda akan lihat sebuah blog yang dihiakan dengan ala kadar dan diletakkan music background yang saya suka.

Berusaha untuk berkongsi personal information,pengalaman,ilmu pengetahuan,dan macam-macam lagi.




Teringat perbualan dengan seorang kawan;

A: Saya berusaha untuk menjadi seorang penulis yang baik walaupun sudah mencipta nama,tapi saya masih berusaha menghasikan sebuah karya yang dapat menjadi panduan kepada diri sendiri dan orang lain.




Saya: Betul kata awak.Orang kita ni susah.Nak pegang buku dan membaca adalah satu benda yang sussah untuk masyarakat kita.Tidak semualah yang macam ni.Betul kata orang,ibu bapa memainkan peranan penting untuk menjadi 'Role Model' yang terbaik kepada anak-anak mereka.Bila mereka dewasa kemudian,perangai ini akan menjadi suatu kebiasaan dan buku boleh dijadikan teman baik mereka.




A: Betul tu.Itulah masyarakat kita.




Saya: Tapi kita tak boleh anggap ini untuk menjadi penghalang dalam menceburi bidang ini.Sekarang sana sini kita lihat orang berkepit dengan telefon pintar,i-pad dan tablet.Kita kena ambil kesempatan dalam kesempitan.Kita gunakan blog dan gunakan segala aplikasi yang ada untuk menarik semula minat mereka untuk membaca :)




Dari sinilah semngat saya untuk menjadi seorang penulis di laman sesawang semakin berkobar-kobar.Semoga kita semua tidak kiralah baru atau lama dalam bidang ini akan sama-sama memeriahkan lagi pertandingan ini.Berikut adalah antara info mengenai pertandingan ini:






TARIKH PENTING:


TARIKH TUTUP PERTANDINGAN: 30 JUN 2014


TARIKH MENGUMUMKAN PEMENANG : ANTARA PERTENGAHAN HINGGA HUJUNG BULAN JULAI

HADIAH UNTUK PEMENANG:

TEMPAT PERTAMA : RM500.00 TUNAI


TEMPAT KEDUA: RM300.00 TUNAI


TEMPAT KETIGA: RM100.00 TUNAI


DAN 10 HADIAH SAGUHATI DISEDIAKAN BERNILAI RM10.00 SETIAP SATU.

Apa tunggu lagi???


Jom sama-sama berkarya untuk diri sendiri dan orang lain.


Semoga keikhlasan kita menulis dapat memberi manfaat kepada semua disamping melakukan perkara yang berfaedah masa cuti ni.

Jangan lepaskan peluang terutamanya kepada mereka yang mempunyai BAKAT dalam bidang ini!



Have a nice day and May God Bless You :)


2 comments:

  1. Hai Fiona , sy PCL blogger...teruja sy bila baca kamu punya explanation ttg blog kamu..semangat kamu dan cita-cita yg tinggi tu semoga tercapai hendaknya. Good luck utk segmen ini semoga kamuterpilih memenangi salah satu hadiah daripadanya. Salam kenal dari sy juga.

    http://www.nazlee.com/2014/06/pertandingan-blogku-terbaik-bersama.html

    ReplyDelete
  2. Hai PakcikLie PCL :) Terima kasih atas sokongan.Salam kenal juga. ^^, Bukan soal menang,hehe..sekadar ingin mencuba :P

    ReplyDelete