Pengalaman Temuduga Kaunseling:UM dan ujian MEdSI

Monday, May 26, 2014

Pengalaman Temuduga Kaunseling:UM dan MEdSI


Hai semua.
Cuti sekolah dah nak bermula dah. Saya pula? Sebagai seorang budak lepasan STPM, nak keje pula 'macam malas je~macam malas je' bak kata Syasya Solero~ Setelah terbulan-bulan lamanya duduk rumah tak buat apa-apa,akhirnya masa yang ditunggu dah tiba.Bulan 5 masa untuk temuduga untuk kelayakan kemasukan ke Universiti pulak.Syukur dipanggil untuk Interview(iv) Program Pendidikan:Kaunseling untuk Universiti Malaya(UM) dan dapat exam MEdSI.

22/05/2014:
Bermulanya peristiwa bersejarah yang pertama untuk saya kerana naik kapal terbang sorang-sorang.Sebelum ni memang pernah naik kapal terbang.Tapi selalunya ada yang temankan.Dulu-dulu selalu naik kapal terbang dengan team bahas.Dengan cikgunya yang handle lepas itu ada kawan-kawan memang tak terasa takut sangatlah sebab banyak yang ikut sama kan.Haa~Yang ni pula,cuak habis!Bukan takut sebab peristiwa MH370,tapi takut benda lain.Mana tau nanti terlepas flight ke,kalau tak pun x alert dengan pengumuman yang dibuat kat airport ke.Naya lah kalau camtu.Ayah pula xboleh nak temankan sebab ada masalah lain.Nak tak nak,terpaksalah naik sorang diri.Akhirnya,selamat juga sampai kat Kuching.

Perjalanan dari Sibu ke Kuching yang hanya mengambil masa 30 minit berjalan dengan selamat.Lepas tu ikut je orang-orang yang jalan kat depan tu.Haha..Nasib baiklah jalannya takde lah complicated mana pun.Lepastu duduk sorang-sorang dalam airport tunggu uncle ambik.Lepas dia ambik,pegi makan-makan dengan family uncle then terus balik rumah.Tak larat dah.Rasa mengantuk.Tidur sampai ke petang.Malamnya pulak standby untuk ujian kelayakan and iv pada 24/05/2014

23/05/2014:
Awal-awal pagi dah kena bangun.Ye lah,nak pegi exam kelayakan kan? So kena lah standby awal-awal even takde benda pun nak dibaca.Tapi ambik juga peluang untuk belajar sikit-sikit asal kaunseling ni. Nasib baiklah ada print out nota-nota dalam laptop hasil carian dengan Mr.Google.Dapat juga baca nota-nota tu.Sampai je kat Hotel Merdeka Palace,terus pegi tingkat 2,then bila jam dah 8.30 a.m terus masuk bilik and ambik exam.

Soalannya pulak saya pernah jawab dulu masa saya Tingkatan 6 Rendah.Ye lah,dulu saya student Sains,sebab tak pandai sangat and tak nak ambik risiko sekaligus tak berani nak musnahkan lagi masa depan,saya minta dipindahkan ke kelas sastera.Masa ni lah saya pernah jawab exam ni.Jawab dengan tenang,tunggu sampai 9.30 a.m then keluar dari bilik exam.Lepastu jalan-jalan dengan ex-classmate masa kat Plaza Merdeka Mall.Nasib baiklah ada kenal denganperempuan yang asal dari Kuching.Dapat juga dia bawa jalan-jalan.Ye lah,nak jadi Kaunselor,kenalah perama :P Masa jalan-jalan tu,terniat nak cek fon,masa cek fon tengok ada dapat 3 mesej.
Pertama dari kawan:dia ucap good luck untuk exam.
Kedua dari Maxis:Dia tarik RM3.50 sebab pinjam kat dia.Ye la,lepas pinjam duit orang,takkan senang-senang tak nak bayar kan?
Ketiga dari UPSI:What???! Dari UPSI??? Terus buka mesej ni dulu.Rupa-rupanya dorang nak umumkan yang saya berjaya untuk mengikuti ujian MEdSI.

Hahhh! Apa lagi,teruslah gementar.Tengok tarik sepatutnya saya exam 23/05/2014.Ye! Tarikh yang sama saya ambik exam kelayakan tadi.Hari yang sama cuma jam berbeza.Saya tengok jam dia cakap saya kena ambik exam pukul 9.Alamak! Ni dah pukul 10 lebih dah.UPSI hantar mesej pun dalam pukul 10.14 a.m.Saya cek semalam dia cakap saya tak dapat,so saya tak de lah simpan harapan yang tinggi.Last-last dia cakap saya dapat pulak.Aduh! Macam mana ni. Then terus kol UPSI,cerita punya cerita,semabng punya sembang,last-last saya boleh ambik exam pada 24/05/2014.Ambik exam pada pukul 9.00 a.m. Fuhh! Lega lah sikit.Dah lah esoknya pulak ada iv Kaunseling(UM).

Tak pe je lah.Demi cita-cita dan demi masa depan,saya sanggup juga nak ambik exam. Peluang depan mata,tak kan nak lepaskan.Ye tak?

24/05/2014:
Pagi ni bangun awal lagi.Baca nota Kaunseling lepastu baca buku MEdSI yang saya beli semalam masa saya jalan-jalan kat Plaza Merdeka Mall.Sekurang-kurangnya saya terdedahlah juga dengan MEdSI ni secara tepat daripada baca kajian dekat blog.Sampai UITM Samarahan Kuching Kampus 2 pada pukul 8 lebih,terus pergi makmal 4 then ambik exam.Masa jawab exam tu,serius je muka.Baca-baca soalan kan.Ada

4 bahagian:

1: Personaliti
2:Minat
3:Integriti
4:Emosi

Tersenyum-senyum baca soalannya.Ye lah,dia tanya kita pernah tak jatuh cinta.Lepastu siap tanya pernah tak kita cemburu melihat pasangan kita bermesraan dengan orang lain.Mestilah jawab 'Ya' kan.Yang penyemak ni dia nak uji kita JUJUR ke tak masa kita jawab exam tu.Itu apa yang saya baca kat dalam buku MEdSI tu lah.Kalau tipu,dia tahu sebab dorang pun manusia juga.Habis exam selama 1 jam 10 minit,semua dibenarkan keluar.Saya dah siap awal,cuma malas nak keluar awal.Nak duduk dalam bilik aircond,pastu semak-semak soalan yang ada kan :P

Muka dah habis exam MEdSI

Balik,makan,then turun balik pergi Hotel Merdeka Palace.Sampai je kat sana,tengok banyak budak-budak yang ikut iv.Ada yang sembang-sembang pastu ada yang baca nota.Perghhh~! Takut gila baq hang! Hahaha..Lepastu saya pun gunalah peluang untuk baca nota.

Masa temuduga,kita semua dibahagikan ikut Fakulti.Lain fakulti,lain lah panel yang menemuduga kita.Masa iv,perghhhh~ Soalan dia memang mantap. Masa mula-mula masuk tu dia suruh duduk,lepastu tanya nama.Lepas tanya nama dia tanya berasal dari mana.Lepastu dia tanya apa yang saya apply kat borang UPU.Saya pun bagitau lah saya ambik UPM:Pengajian Bahasa Melayu(Pendidikan), UM:Kaunseling(Pendidikan), UKM:Sains Politik,dan...STOP! Dia pun cakap lah, "Banyak betul bidang yang awak minat." Saya pun jawab lah yang saya memang minat semua yang saya apply tu,dan saya bukan apply hanya untuk mencuba nasib.

Lepastu dia tanyalah kenapa berminat dengan Kaunseling,dia tanya pa yang saya tahu pasal Kaunseling,apa Etika kaunseling(part ni saya main gorang..Tak tahulah gorang elok0elok atau gorang sampai hangus),dia tanyalah ayah dan emak kerja apa,lepas dia tau emak ni Cikgu Tadikan,dia pun tanya kenapa tak ambik Pendidikan Awal Kanak-kanak,saya pun jawablah.Lapstu puas dia psiko saya kat situ,dia bagi saya satu situasi.Dia suruh saya jawab,dari situasi pertama,dia kembangkan kepada situasi kedua.Hahhh~Ni makin banyak ni.Apa lagi jawab je lah.Bla bla bla,tamatlah iv.

Keluar je dari situ,terus tanya kawan-kawan yang dah iv,lepastu...Amboi! Soalan dorang senang-senang,panel tanya pasal kampung halaman,seronok tak kampung,apa keistimewaan kampung dorang.Ini tidak adil tidak adil tidak adil bagiku kata Yuna.Dah kenapa saya sorang dia tanya soalan serius camtu sekali. -_- Sungguh tidak menyeronokkan :3 Takpe lah.Lain orang,lain lah benda yang panel nak tanya kan.

Antara soalan yang ditanya:

1: Nama, asal dari mana, anak ke berapa & senarai U yang diminta.
2: Apa yang anda tahu pasal kaunseling?
3: Kenapa berminat untuk ambil kos ni?
4: Apa Etika Kaunseling?
5: Bagaimana jika ada orang tua yang tak de tempat duduk dalam bas,adakah anda sudi memberi tempat duduk?
6: Bagaimana pula sekiranya orang muda pula yang tak de tempat duduk,adakah anda masih sudi untuk memberikan tempat duduk anda kepada beliau?
7: Bagaimana kalau kami offer kos lain kepada anda dan bukan kos ini?
8: Adakah anda sanggup menerima kos lain ataupun anda tidak akan mendapat kos kaunseling di UM?
*Itu adalah soalan-soalan yang ditanyakan kepada saya.Tidak mudah dan agak mencabar kerana soalan yang diberikan agak bertalu-talu :P *

Lepas habis semua tu,saya Doa kepada Tuhan,minta saya dan kawan-kawan supaya layak untuk belajar kat UM.Down tu memang saya rasa down sebab soalan saya teruk habis.Tapi,takpelah.Kena fikir positif kan? Nak ambik kaunseling kenalah selalu bagi aura positif tu kat orang lain.Hehe..Tak pe,masa iv dah cuba yang terbaik,sekarang tinggal untuk berdoa agar Tuhan beri yang terbaik untuk kita.

25/05/2014:
Akhirnya balik semula ke Sibu.Tak terasa 30 minit dalam kapal terbang. :)


#Banyak pengalaman yang saya kumpul.Banyak kenal-kenal dengan orang lain :) Seronok.Ada lagi kes yang teruk dari saya.Sanggup pergi Kuching walaupun perjalanan ambik masa 14jam sebab nak belajar sampai menara gading dan nak kejar cita-cita.Ada yang bawa lugage lah.Bawa beg banyak-banyak sebab sampai kat Kuching terus pergi pusat temuduga. Terharu tengok pengorbanan masing-masing.Semoga pengorbanan kita,usaha kita,dan penat lelah kita membuahkan hasil yang baik.Sentiasa berdoa untuk diri sendiri dan orang lain agar layak masuk U.

God bless :)

4 comments:

  1. Hi kakak.. Terima kasih sbb kongsi pengalman kakak dlm temuduga kaunseling..,byk beri inspirasi kpada saya, kakak lulus tak temuduga tu? huhuhu..sya akan menghadiri tmudga kos tu juga nnti..nervous..T.T..Byk bnda nak tnya pasal kos tu..tpi tak tahu nak tnya siapa,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalahh. Nervous gilee. Awk interview dkt mne?

      Delete
  2. Tq. Good Info. Sesiapa nak duduki Ujian Medsi ke Munsyi kalau nak soalan Medsi Interaktif secara online boleh cari kat blog ni http://abufarhi.blogspot.my

    Terima kasih admin... tumpang info. Semoga murah rezeki!

    ReplyDelete